Utusan Borneo (Sabah)

Pesara ATM perlu dapat perhatian kerajaan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diberikan bantuan dan bimbingan untuk menjadi usahawan bagi meningkatk­an ekonomi mereka selepas bersara.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan perlu memberikan perhatian kepada pesara ATM supaya mereka boleh meneruskan kehidupan lebih baik.

“Ramai dalam kalangan veteran ATM tidak mempunyai pendapatan selepas bersara dan hanya mengharapk­an wang pencen daripada kerajaan, sedangkan mereka masih mempunyai komitmen lain.

“Justeru, sekiranya bimbingan dan bantuan dapat diberikan kepada veteran ATM yang berminat menjadi usahawan, sudah pasti ia akan menjadi sumber pendapatan kepada mereka,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali Ke-30 Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Tawau, di sini semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, bantuan kepada pesara itu wajar dilakukan kerana mereka banyak membantu dalam menjaga kedaulatan negara.

“Terdapat dalam kalangan veteran juga pernah terlibat secara langsung memerdekak­an negara dan mengharumk­an nama Malaysia di persada antarabang­sa,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam turut memberikan komitmenny­a kepada PVATM Tawau untuk memberikan sumbangan secara tetap sebanyak RM2,000 kepada tabung persatuan itu.

“Sumbangan itu bagi memudahkan setiap gerak kerja, aktiviti dan pengurusan PVATM Tawau pada masa akan datang.

“Saya sebagai wakil rakyat di daerah ini akan sentiasa memberikan perhatian dan bantuan terhadap setiap aktiviti yang bakal dilaksanak­an oleh PVATM Tawau,” katanya.

Menurutnya, veteran ATM diharap dapat membantu negara membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat terutamany­a generasi muda.

“Kita mahukan veteran ATM membawa peranan penting dalam membentuk generasi muda untuk sentiasa cintakan negara, patriotik dan sanggup berkorban demi negara,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankua­sa Persatuan Vateran ATM Sabah, Patrick Kanggoi meminta semua pesara ATM supaya menyertai persatuan ini.

Katanya, pesara ATM perlu menyertai persatuan bagi memudahkan saluran bantuan diberikan, selain mengetahui permasalah­an yang dihadapi oleh mereka.

“Setakat ini hanya lebih 15,000 pesara ATM sahaja sudah menjadi ahli persatuan daripada 30,000 veteran yang ada di negeri Sabah.

“Kami juga berharap, pihak kerajaan dapat memberikan pakej-pakej bantuan kepada pesara ATM dalam belanjawan 2022 yang bakal dibentangk­an nanti,” katanya.

 ?? ?? PESARA: Antara veteran ATM Tawau yang hadir dalam Mesyuarat Agung tersebut.
PESARA: Antara veteran ATM Tawau yang hadir dalam Mesyuarat Agung tersebut.
 ?? ?? PENGHARGAA­N: Nizam (tengah) menerima cenderaken­angan daripada PVATM Tawau, sambil diperhatik­an oleh Patrick (kanan).
PENGHARGAA­N: Nizam (tengah) menerima cenderaken­angan daripada PVATM Tawau, sambil diperhatik­an oleh Patrick (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia