Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rekod 12 kematian disebabkan COVID-19

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 12 kes kematian disebabkan COVID- 19 pada 16 Oktober 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tiga kes berlaku di Sandakan dan Semporna.

“Manakala Beaufort, Kota Kinabalu, Kota marudu, Pitas, Tambunan dan Tuaran masing- masing mencatatka­n satu kes kematian.

“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Sementara itu, bilangan pesakit COVID- 19 sembuh ialah 901 menjadikan jumlah kumulatif 197,447 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, seramai 2,204 pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 864 orang di hospital, 1,332 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah ( PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara serta satu orang di fasiliti swasta.

Dalam pada itu katanya, penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 15 Oktober 2021 adalah seramai 29,652 orang. Daripada jumlah ini, seramai 10,173 orang adalah penduduk dewasa dan seramai 19,479 orang adalah penduduk remaja.

“Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 15 Oktober 2021 adalah seramai 2,405,622 orang. Ini meliputi 2,091,648 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 75.8 peratus jumlah penduduk dewasa.

“Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,170,704 orang,” katanya.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 1,980,802 orang atau 71.8 peratus adalah penduduk dewasa.

Menurutnya, seramai 313,974 orang atau 73.7 peratus penduduk remaja telah menerima satu dos vaksin. Manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 189,902 atau 45.0 peratus orang setakat ini.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia