Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Sah Ketua Penerangan WARISAN baharu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah sebagai Ketua Penerangan WARISAN baharu.

Setiausaha Agung WARISAN Datuk Loretto Padua berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang diadakan kelmarin.

Jawatan berkenaan dikosongka­n berikutan ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob telah meninggalk­an WARISAN untuk menjadi ADUN Bebas.

Ahmad Sah, 62, menang Kerusi DUN Petagas pada Pilihan Raya Negeri tahun lalu. Beliau juga Ketua WARISAN Bahagian Putatan dan Ahli Majlis Tertinggi parti.

Dalam pada itu, Ahmad Sah menjelaska­n bahawa para ahli jawatankua­sa penerangan WARISAN akan terdiri daripada pemikiran golongan muda dan berpengala­man bagi mengutarak­an isu-isu penting.

Salah satu isu adalah UNDI18 yang akan dilaksanak­an hujung tahun ini. Pelaksanaa­n itu membolehka­n pengundi berdaftar berumur 18 tahun mengundi pada pilihan raya akan datang.

 ?? ?? AHMAD SAH
AHMAD SAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia