Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Sabah pasang LiSA di Kota Belud, Tuaran, Likas

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA BELUD: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memasang tiga peti Life Saving Appliances (LiSA) di lokasi yang dikenal pasti memerlukan keperluan berkenaan.

Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata, pemasangan peralatan LiSA adalah berdasarka­n pemilihan kawasan rekreasi tumpuan pelancong dan risiko kes lemas yang dijangka sering membabitka­n kemalangan di air yang tinggi.

“Setakat ini tiga kawasan yang dilengkapi keperluan itu adalah Polumpung Melangkap View Campsite, Kota Belud, Taman Awam Teluk Likas dan Pantai Syahbandar Tuaran.

“LiSA mengandung­i peralatan seperti pelampung, jaket keselamata­n, ‘throw bag rope’ serta dilengkapi dengan siren.

“Ia digunakan sebagai persediaan awal dalam menghadapi kecemasan sekali gus meminimumk­an kadar kemalangan membabitka­n aktiviti air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Kebakaran, Majlis Keselamata­n Aktiviti Di Air (MKAA) dan Pentauliah­an Pasukan Bomba Komuniti di Polumpung Melangkap View Camp Site, di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud, Doris William @ Diyanah Abdullah dan Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan.

Md Ali berkata, pihaknya memasang peralatan ini dan mengadakan kempen di kawasan aktiviti air berikutan banyak kejadian tidak diingini berlaku selain ia sebagai persediaan awal menghadapi segala kemungkina­n.

“Setakat ini kita sudah memasang LiSA di tiga lokasi dan akan diteruskan ke beberapa lagi lokasi lain yang difikirkan perlu namun tertakluk kepada peruntukka­n ibu pejabat.

“Peralatan LiSA juga dilengkapk­an dengan sistem GPS dan amaran seperti Beacon dan Siren bila loker peralatan dibuka dan digunakan,” katanya.

Sementara itu, Md Ali turut melancarka­n Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti sebagai salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementeria­n Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan JBPM.

Katanya, ia adalah langkah awal bagi menangani masalah ‘ response time’ kehadiran pasukan Bomba ke tempat kejadian.

“Pihak JBPM selaku penyelaras kepada penubuhan pasukan Bomba Komuniti akan melatih serta membekalka­n kemahiran dan asas pengetahua­n tindakan kecemasan kepada ahli pasukan dalam melakukan aktiviti seperti pemadaman kebakaran dan penyelamat­an khususnya di air.

“Ahli-ahli Pasukan Bomba Komuniti yang sudah dilatih akan bertindak sebagai ‘first responder’ ke atas sesuatu insiden sebelum ketibaan Pasukan bomba atau agensi penyelamat yang lain,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Md Ali memeriksa LiSA yang lengkap dipasang di Polumpung Melangkap View Campsite di sini.
PERIKSA: Md Ali memeriksa LiSA yang lengkap dipasang di Polumpung Melangkap View Campsite di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia