Utusan Borneo (Sabah)

Budaya sukan perlu diperkasa

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Budaya sukan perlu diperkasak­an sejajar dengan objektif Dasar Sukan Negara.

Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata, dalam usaha merealisas­ikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, masyarakat di semua peringkat digalakkan menyertai aktiviti sukan yang merupakan perkara penting dan perlu dilakukan secara bersama.

“Sejajar dengan fungsi jabatan dalam memasarkan dasar dan kempen kerajaan kepada rakyat, Cawangan PENTARAMA mengambil inisiatif melaksanak­an program PENTARAMA Fit Dance 2021 sebagai salah satu usaha menggalakk­an rakyat bergiat aktif dalam sukan.

“PENTARAMA merupakan salah satu cawangan di jabatan ini untuk memperting­katkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan,” katanya.

Nadzerah berkata demikian semasa berucap merasmikan Program PENTARAMA Fit Dance 2021 peringkat Negeri Sabah di Kompleks Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia, semalam.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat, Azman Sipan dan Ketua Unit PENTARAMA, Mohd Mujahid halpi.

 ?? ?? KENANGAN: Nadzerah (depan, tengah) merakamkan gambar bersama peserta.
KENANGAN: Nadzerah (depan, tengah) merakamkan gambar bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia