Keluarga memerlukan terima bantuan bakul makanan
SANDAKAN: Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sandakan membantu menyalurkan sumbangan terhadap keluarga kurang bernasib baik di sini.
Pemuda Parti Maju Sabah Sandakan Nelson Tang Ting Yieng berkata, permohonan untuk mendapatkan bakul makanan mendapat sambutan baik daripada Pegawai Pembangunan Masyarakat Rodin Suri dari Jabatan Kebajikan Sandakan sebelum bantuan dapat disalurkan dengan lancar.
“Keadaan pandemik COVID-19 menyebabkan hampir semua penduduk terjejas akibat tekanan ekonomi.
“Walaupun sektor ekonomi mula dibuka secara berperingkat, namun masih banyak rakyat yang memerlukan masa untuk mengembalikan keadaan ekonomi mereka seperti sediakala iaitu kepada normal sebelum pandemik,” katanya.
Tambahnya, golongan terbabit adalah dalam kalangan penduduk yang bekerja sebagai buruh kasar, pemandu bas yang tinggal di beberapa kawasan sekitar sini.
Pihaknya berharap agar bantuan yang diagihkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban terhadap golongan memerlukan.