Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bunuh ipar dihukum gantung sampai mati

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau baru-baru ini menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki selepas didapati bersalah membunuh iparnya empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Alwi Abdul Wahab menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh berumur 26 tahun selepas didakwa menyebabka­n kematian Ronston Tunai.

Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan itu di sebuah rumah Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, pada 16 Jun 2017, jam 3 petang.

Berdasarka­n hujahan tertuduh, Dr Alwi mendakwa mangsa bertindak menyerangn­ya terlebih dahulu dengan pisau selepas mengetahui rahsianya merogol adik tertuduh terbongkar.

Bagaimanap­un, kejadian itu menyebabka­n terdapat 13 tusukan benda tajam pada si mati dengan lima tusukan di leher, tujuh di dada dan satu di lengan, manakala tertuduh tidak mengalami kecederaan.

Mahkamah turut mengambil kira saksi mata iaitu juga ahli keluarga tertuduh yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian, mendengar mangsa menjerit dan bunyi pergelutan dari bahagian ruang tamu.

Saksi juga turut melihat dengan jelas tertuduh berada di atas si mati dan bertindak menikamnya beberapa kali.

Mangsa turut berjaya melarikan diri ke luar rumah dan terjatuh, manakala tertuduh yang bertindak mengejar dari belakang dilihat menikam mangsa beberapa kali.

Menurut Dr Alwi, tindakan itu menunjukka­n tertuduh memang bertindak membunuh mangsa.

Pihak pembelaan juga gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Sehubungan itu, hakim mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas tertuduh.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, manakala tertuduh diwakili peguam lantikan mahkamah Liew Hon Min.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 14 saksi, manakala tertuduh menjadi saksi tunggal bagi pihak pembelaan.

Difahamkan tertuduh bertindak menemui si mati selepas mengetahui mangsa telah merogol adiknya.

Mangsa dikatakan cuba menyerang tertuduh dengan pisau sebelum berlaku pergelutan.

Tertuduh berjaya merampas pisau tersebut dan menikam mangsa beberapa kali dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di hospital.

 ?? ?? PASRAH: Tertuduh dilihat pasrah selepas prosiding mahkamah dijalankan.
PASRAH: Tertuduh dilihat pasrah selepas prosiding mahkamah dijalankan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia