Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan wanita terima bantuan pembedahan katarak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Seramai sembilan wanita dari keluarga berpendapa­tan rendah B40 telah menerima pembedahan katarak secara percuma sempena Hari Penglihata­n Sedunia pada 14 Oktober lalu.

Pencegahan hilang daya penglihata­n adalah fokus utama pertubuhan Rotary Internatio­nal. Berikutan pandemik COVID-19 yang berterusan, ramai dalam kalangan pesakit terus menderita akibat penyakit katarak kerana tarikh pembedahan di klinik mata kerajaan ditunda.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) telah melaksanak­an usaha amal berkenaan menerusi ‘Hope in Sight Project’ khusus kepada mereka yang sangat memerlukan rawatan mata di Sabah.

Projek itu merupakan kerjasama bersama dengan EyeMedics Specialist Eye Centre, Kota Kinabalu. Sasaran utama projek adalah bagi membantu wanita yang tidak mampu membayar kos pembedahan mata untuk mengembali­kan daya penglihata­n mereka.

Manfaat itu kemudianny­a membolehka­n mereka mencari pendapatan untuk menyara keluarga masingmasi­ng.

‘Hope in sight’ mula dilaksanak­an pada 2020 atas inisiatif Presiden RCKK Pearl ketika itu Kapitan Eliza Goh.

RCKK Pearl terlibat secara langsung dalam pemilihan pesakit yang layak menerima pembedahan mata berkenaan. Dengan kerjasama Ophthalmol­ogist Dr Terrence Soong, Optometris­t Evix Daud dan kakitangan yang lain, penbedahan berkenaan dilakukan di Klinik EyeMedics.

Klinik EyeMedics dalam pada itu turut melancarka­n klinik Myopia baharu sempena dengan Hari Penglihata­n Sedunia yang khusus membantu golongan dewasa dan kanak-kanak untuk mengawal perkembang­an masalah rabun jauh.

Anak salah seorang pesakit yang menerima bantuan pembedahan itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.

 ?? ?? TAKLIMAT: Eliza (kanan) bersama salah seorang pesakit serta tetamu kehormat lain ketika mendengar taklimat ringkas daripada doktor.
TAKLIMAT: Eliza (kanan) bersama salah seorang pesakit serta tetamu kehormat lain ketika mendengar taklimat ringkas daripada doktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia