Utusan Borneo (Sabah)

Saifuddin adakan lawatan rasmi empat hari ke Jakarta

-

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Jakarta, Indonesia mulai semalam (17 Okt) yang bakal memberi peluang untuk kedua-dua pihak meneroka kerjasama baharu dalam fasa pemulihan pasca pandemik serta membincang­kan usaha-usaha menangani cabaran serantau dan antarabang­sa.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan memaklumka­n lawatan itu, yang pertama sejak pelantikan semula beliau pada 30 Ogos, mencermink­an hubungan akrab dan komprehens­if antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara jiran terdekat.

“Menteri akan diiringi pegawai-pegawaidar­iWismaPutr­a, dijadualka­n mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo dan bertemu rakan sejawatann­ya, Retno L.P. Marsudi,” menurut kenyataan itu.

Saifuddin turut dijadual bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan mengadakan perbincang­an dengan Jawatankua­sa Perwakilan Tetap ASEAN.

“Program lawatan yang lain termasuk sesi forum interaktif bersama Universita­s Paramadina dan Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI), perjumpaan dengan Kamar Dagang Indonesia (KADIN) dan pertemuan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di Jakarta,” menurut kenyataan itu.

Lawatan ini dirancang dan dilaksanak­an selaras dengan tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti ditetapkan pihak berkuasa kedua-dua negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia