Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap akan diteliti: Zuraida

-

BALING: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan meneliti cadangan untuk meningkatk­an harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 sekilogram ketika ini kepada RM3.50 sekilogram sebagai usaha membantu meningkatk­an pendapatan pekebun kecil di negara ini.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya perlu membuat perbincang­an teliti mengenai perkara itu bersama pegawai berkaitan di bawah kementeria­nnya termasuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta pihak daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Saya perlu teliti di peringkat kementeria­n apakah perkara yang saya harus ambil kira, di manakah kewangan yang boleh kumpulkan untuk saya pastikan boleh meningkatk­an harga lantai getah.

“...Pengerusi RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) ada suarakan (cadangan itu) kepada saya, kita kena duduk bersama-sama (berbincang mengenai cadangan itu),” katanya pada sidang media selepas menyantuni dan sesi dialog bersama 150 pekebun kecil di sini semalam.

Jumaat lepas, media melaporkan kerajaan diminta mempertimb­angkan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram mulai Januari tahun hadapan untuk membantu lebih ramai penoreh getah keluar daripada garis kemiskinan.

Pengerusi RISDA Datuk Mohd Salim Mohd Sharif dipetik sebagai berkata harga lantai getah sekerap RM2.50 sekilogram ketika ini jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit yang mencecah RM1,100 setiap tan sekali gus mewujudkan jurang yang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia