Utusan Borneo (Sabah)

KPN nafi siar iklan tawar ratusan kekosongan jawatan guru tabika

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) semalam menafikan telah menyiarkan iklan menawarkan peluang mengisi ratusan kekosongan jawatan guru Taman Bimbingan KanakKanak (Tabika) seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

KPN memaklumka­n iklan yang disiarkan dalam status Facebook bertajuk Semakan Dan Permohonan Online itu menggunaka­n logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan gambar Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Meskipun agensi Kemas bukan di bawah KPN, gambar wajah dan nama Menteri Perpaduan Negara dijadikan sebagai hiasan utama poster bagi memberi nilai komersial kepada iklan tersebut,” menurut KPN dalam kenyataan semalam.

KPN memaklumka­n iklan itu mencetuska­n tanda tanya kerana mencatatka­n syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3).

Menurut KPN, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) memaklumka­n iklan khas mereka yang sebenarnya telah disiarkan pada 11 Okt lepas bagi mengisi enam kekosongan jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29.

Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal KanakKanak merupakan syarat kelayakan utama bagi pengambila­n Guru Tabika Perpaduan JPNIN.

Turut dimaklumka­n dalam iklan tersebut ialah peluang mengisi jawatan Pembantu Operasi (Penolong Guru) Gred N11 yang menawarkan empat kekosongan.

Menurut KPN, dalam siaran iklan melalui Facebook @ Rakan Perpaduan Pahang itu dengan jelas dinyatakan syaratsyar­at yang perlu dipatuhi iaitu calon lepasan Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Institusi Pendidikan Tinggi tempatan.

“Iklan ratusan kekosongan jawatan guru Tabika itu tular sejak Jumaat lepas dan poster mengeliruk­an tersebut telah mencatat hampir 1,000 perkongsia­n menerusi laman sosial,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia