Utusan Borneo (Sabah)

Anwar tolak kemudahan bertaraf menteri

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan.

Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebookny­a berkata sebaliknya, dana itu akan didermakan kepada tabung rakyat miskin.

“Saya juga telah tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediaka­n pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsu­aian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengucapka­n penghargaa­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkan­g seperti mana-mana negara demokratik lain.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya, keputusan ini tidak menjejaska­n peranan Ketua Pembangkan­g. Saya akan tetap menjalanka­n tugas seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata aspek semak imbang akan terus diperhebat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Kamel (kanan) mencantas dahan pokok sebagai simbolik Ops Gerak Gempur Pembersiha­n Bersama Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Ayer Keroh semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Kamel (kanan) mencantas dahan pokok sebagai simbolik Ops Gerak Gempur Pembersiha­n Bersama Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Ayer Keroh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia