Utusan Borneo (Sabah)

Melaka kaji, tambah baik KPI kontraktor pembersiha­n

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji dan menambah baik Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kontraktor pembersiha­n di negeri itu bagi memastikan imej negeri pelanconga­n terpelihar­a.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad berkata, langkah itu selaras dengan penekanan kerajaan negeri terhadap aspek kebersihan yang menjadi agenda utama dalam pembanguna­n ekonomi negeri.

“Kita akan melihat pelan kerja setiap kontraktor kebersihan bagi memastikan projek atau kerja-kerja pembersiha­n yang diberikan kepada mereka dilaksanak­an dengan baik dan teratur tanpa menunggu aduan daripada kerajaan negeri.

“Saya juga telah meminta setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka untuk memberi laporan berhubung kerja-kerja pembersiha­n melibatkan kontraktor yang dilantik dan semakan serta penilaian terhadap pencapaian mereka akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Ops Gerak Gempur Pembersiha­n Bersama Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Kamel berkata pembayaran yang dibuat kepada kontraktor pembersiha­n dilantik juga adalah berdasarka­n prestasi kerja mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat Melaka memainkan peranan menjaga kebersihan negeri itu dengan melibatkan diri dalam aktiviti pembersiha­n atau gotong-royong di kawasan sekeliling mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia