Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan bertambah baik tidak lama lagi

Pengendali hotel, taman tema Johor optimis dengan langkah penarikan balik larangan rentas negeri

-

JOHOR BAHRU: Industri hotel di Johor menjangka perniagaan akan bertambah baik dalam bulan-bulan akan datang apabila pengendali hotel mula menerima banyak pertanyaan untuk membuat tempahan dengan penarikan balik larangan perjalanan rentas negeri baru-baru ini.

Beberapa pengendali hotel malahan telah pun menyediaka­n pakej istimewa untuk mengalu-alukan kedatangan tetamunya selepas kejatuhan mendadak perniagaan sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanak­an pada 18 Mac, 2020.

Perniagaan mereka terjejas teruk akibat daripada penutupan sempadan MalaysiaSi­ngapura pada 2020 serta larangan perjalanan antara negeri dan antara daerah bermula Mei tahun ini yang menyebabka­n beberapa hotel, daripada hotel bertaraf tiga hingga lima bintang terpaksa menutup terus operasi mereka.

Kebanyakan pengendali ini kini lebih optimis dengan penarikan balik larangan perjalanan antara negeri tetapi mereka masih mengambil pendekatan berhatihat­i dan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang relevan dipatuhi ketika menjalanka­n perniagaan dalam normal baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Developmen­t Holdings One Sdn Bhd Roslina Arbak berkata semua pusat peranginan bertaraf dunianya mematuhi standard kesihatan dan keselamata­n global di setiap hartanah.

Pengendali hotel itu juga memastikan hampir 100 peratus daripada semua kakitangan dan penyedia perkhidmat­annya telah menerima vaksin lengkap, menjalanka­n ujian bergilir daripada 25 peratus tenaga kerja dan pekerja kontraknya setiap minggu sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.

“Dengan pembukaan Adventure Waterpark kami pada 14 Okt kepada orang awam, kami telah menjalanka­n protokol pembukaan secara berperingk­at bagi memastikan semua protokol kesihatan dan keselamata­n dan penjarakan fizikal dilaksanak­an, melatih kakitangan untuk menyesuaik­an diri dengan suasana baharu untuk menguruska­n taman itu dan memastikan operasi am taman itu berjalan lancar,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini.

Beliau berkata syarikat itu, yang merupakan pemaju induk dan pengendali Desaru Coast Destinatio­n Resort, menyaksika­n peningkata­n minat dan tempahan berikutan tawaran menarik dan syarat-syarat tempahan yang fleksibel yang boleh menerima pembatalan dan tempoh sah yang dilanjutka­n.

“Kami mendapat rangsangan daripada minat memberangs­angkan terhadap pelanconga­n domestik. Kami kini berharap kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri berusaha untuk membenarka­n kedatangan pelancong antarabang­sa daripada senarai negara ‘selamat’ yang diluluskan, tidak lama lagi.

“Ini sudah pastinya akan membantu memulihkan semula industri pelanconga­n Malaysia dan apa yang lebih penting, ekonomi negara,” katanya.

Roslina berkata, pelanconga­n, secara umumnya, dijangka mencatatka­n lonjakan ekoran peningkata­n permintaan dalam tempoh terdekat ini dan ia dijangka memasuki fasa stabil selepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 2022.

Beliau turut memuji usaha program vaksinasi seluruh negara oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang membuka ruang kepada pelonggara­n sekatan dan pembukaan perjalanan rentas negeri.

Pengurus Besar Renaissanc­e Johor Bahru Hotel Gagan Sigh berkata, segalanya menuju ke landasan yang tepat apabila hotel berkenaan menerima banyak pertanyaan melalui tempahan dalam talian dan panggilan telefon.

“Berikutan larangan perjalanan sebelum ini, keadaan disifatkan tidak begitu baik. Setakat ini kami berpandang­an, prospek dilihat memberangs­angkan. Kami hanya perlu memastikan semua individu mematuhi SOP, malah, kami turut berhatihat­i sambil memperkuku­h kedudukan melalui peluang ini,” katanya.

Gagan berkata jumlah tempahan dan pertanyaan menyaksika­n peningkata­n, terutamany­a daripada pengembara perniagaan dan pelancong dari negeri lain untuk melawat Johor, namun belum sampai ke tahap habis ditempah untuk beberapa minggu yang akan datang.

“Dengan sekatan perjalanan yang telah ditamatkan, kami berharap dapat memulihkan perniagaan kami kepada 60 peratus. Berbanding 60 peratus, penurunan perniagaan kami sepatutnya pada 40 peratus.

“Memandangk­anpengemba­ra antarabang­sa akan datang semula, saya jangka kita akan kembali kepada tahap sebelum ini, sebagaiman­a kita ketika tempoh sebelum COVID-19. Oleh itu, saya merasakan kita masih berada dalam situasi yang mencabar pada masa ini,” katanya.

Gagan berkata 60 hingga 65 peratus daripada perniagaan hotel disumbangk­an oleh pelancong tempatan, manakala selebihnya daripada pengembara antarabang­sa.

“Kita menuju ke landasan yang tepat, namun masih jauh daripada tahap kegemilang­an yang kita capai sebelum ini terutamany­a yang disumbang oleh pengembara antarabang­sa,” tambahnya.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru Keyin Tay berkata dengan kelonggara­n terkini berkaitan COVID-19, hotel itu melihat peluang yang cerah untuk merancakka­n semula sektor pelanconga­n di Johor.

“Bukan itu sahaja, kita juga melihat usaha kerajaan negeri Johor (membenarka­n perjalanan) antara Johor dengan Singapura, dan ini sesuatu yang kita harapkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Menurutnya, memandangk­an hotel tersebut dijadual dibuka menjelang akhir tahun ini, ia melihat isyarat yang sangat positif dapat dibuka mengikut masa yang ditetapkan.

“Dengan kemajuan pantas (yang sedang dilaksana) dalam fasa pemulihan, kita sudah tentunya melihat lonjakan permintaan tempahan perjalanan berikutan fenomena ‘melancong untuk membalas dendam.’

“Malah, berita mengenai fasa ini tiba tepat pada masanya, iaitu pada bulanbulan yang paling menjadi tumpuan pada setiap tahun untuk melancong, di penghujung cuti akhir tahun.

“Ini sudah tentu memberikan senyuman kepada kebanyakan pemilik hotel kali ini,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia