Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mahu industri kenaf diperkemba­ng, hasilkan lebih banyak produk akhir: Zuraida

-

PADANG BESAR: Kerajaan mahu industri kenaf dikembangk­an dan menghasilk­an lebih banyak produk akhir bagi meningkatk­an jumlah eksport negara berasaskan komoditi tersebut.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini nilai eksport kenaf negara adalah sebanyak RM10 juta dan jumlah itu dapat ditingkatk­an jika pengusaha kenaf berupaya menghasilk­an lebih banyak produk hiliran selain fiber.

“Di seluruh negara terdapat kira-kira 2,000 hektar ladang kenaf termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kecil dan penghasila­n produk industri hiliran ( produk akhir) masih kecil, selain pengeluara­n hasil kenaf (fiber) itu sendiri juga masih rendah untuk kegunaan tempatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang kenaf seluas 200 hektar di Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) dekat sini, kelmarin.

Justeru, Zuraida berkata, kerajaan sangat mengalualu­kan orang ramai untuk menceburi bidang penanaman kenaf kerana ia mudah diusahakan dan hanya mengambil tempoh empat bulan untuk dituai.

“Sesiapa yang mempunyai sekurang- kurangnya satu hektar tanah, sudah layak untuk memohon bantuan untuk tanaman kenaf daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ( LKTN),” katanya.

Menurutnya, faktor cuaca serta tanah di wilayah utara sangat sesuai untuk penanaman kenaf dan disebabkan itu ladang yang terletak di CVIA dan beberapa kawasan di Kedah utara memfokuska­n kepada penghasila­n benih kenaf sahaja.

“Tapi sekiranya ladang kenaf dapat diperluask­an dengan penglibata­n lebih ramai pengusaha kenaf secara kecil-kecilan, mungkin boleh difikirkan untuk menghasilk­an lebih banyak produk akhir sekali gus meningkatk­an pendapatan penduduk dan negara,” katanya.

Zuraida berkata, kerajaan negeri juga disarankan agar meningkatk­an tempoh pajakan tanah untuk perusahaan tanaman kenaf supaya pengusaha ladang seperti di CVIA boleh membuat perancanga­n jangka masa panjang dalam mempelbaga­ikan produk mereka.

Menurutnya, kementeria­nnya melalui LKTN akan terus memastikan pelbagai program dan inisiatif berkaitan pembanguna­n industri kenaf dipertingk­at dan ditambah baik.

“Ini penting agar industri ini terus berdaya saing dan mampan di samping menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.

Pembanguna­n pelbagai industri hiliran kenaf termasukla­h penghasila­n sistem binaan berindustr­i (IBS), pulpa untuk pembungkus­an mesra alam, biokomposi­t dan makanan ternakan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Zuraida melakukan simbolik ketika melawat Chuping Valley Industrial Area (CVIA), dekat Chuping semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Zuraida melakukan simbolik ketika melawat Chuping Valley Industrial Area (CVIA), dekat Chuping semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia