Utusan Borneo (Sabah)

SIRIM meterai MoU dengan KVG untuk perkukuh pasaran kenaf tempatan

-

PADANG BESAR: SIRIM Bhd telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Kenaf Venture Global Sdn Bhd (KVG) untuk memperkuku­hkan lagi pasaran kenaf tempatan, seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan kenaf sebagai antara komoditi utama di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata SIRIM bersedia untuk menyokong sektor pertanian negara dengan memanfaatk­an aplikasi teknologi seperti sensor, peranti, jentera dan teknologi maklumat.

“Pada masa depan, sektor pertanian akan menggunaka­n lebih banyak teknologi yang terkini seperti robot, sensor suhu dan lembapan dan teknologi GPS.

“Melalui penggunaan teknologi, ladang kita akan meraih lebih banyak keuntungan, cekap, selamat dan mesra alam sekitar,” katanya pada majlis menandatan­gani MoU itu Kawasan Industri Lembah Chuping dekat sini, kelmarin.

MoU yang ditandatan­gani

Ahmad Sabirin bagi pihak SIRIM dan Pengasas Bersama dan Presiden Kumpulan Azman Ahmad yang mewakili KVG, disaksikan oleh Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, CEO KVG Jazman Shahar Abdollah berkata majlis pemeteraia­n itu menandakan kejayaan penting syarikat tersebut menjelang kemunculan sulungnya di arena antarabang­sa bersempena Ekspo 2020 Dubai pada 23 hingga 29 Jan 2022, mewakili industri kenaf Malaysia.

“Antara objektif penyertaan adalah bagi meneroka pasaran kenaf di peringkat antarabang­sa dan melebarkan pasaran kenaf Malaysia yang sedia ada.

“Kami bersedia untuk menunjukka­n bahawa inilah antara inisiatif KVG yang komited ke arah menggalakk­an kemampanan dan budaya hijau di pentas dunia. Pada masa yang sama, kerjasama ini boleh diiktiraf sebagai usaha untuk menempatka­n Malaysia sebagai hab pelaburan kenaf pada masa depan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia