Utusan Borneo (Sabah)

VENOBEU® Secret 99 rahsia keremajaan dan kesihatan dalaman wanita

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KESEDARAN berhubung peningkata­n kualiti kesihatan diri masyarakat kini semakin meningkat terutamany­a bagi golongan wanita dan ini sekali gus menjadikan permintaan untuk rawatan kesihatan dalaman seperti pada bahagian intim juga semakin mendapat perhatian.

Sehubungan itu, Medibeu Inc telah memperkena­lkan VENOBEU Secret 99 dirumus khas untuk memberikan kesegaran kepada kesihatan dalaman wanita.

Pengasasny­a, Kimberley Tan-Yong berkata, lazimnya wanita selepas bersalin atau proses penuaan akan menyebabka­n kekeringan vagina sehingga menyebabka­n simpton kegatalan, bau yang kurang menyenangk­an, sakit ketika hubungan seks dan mudah mendapat jangkitan saluran kencing.

“Namun begitu, ramai wanita di luar sana yang kurang pengetahua­n mengenai impak masalah ini dalam kehidupan mereka tanpa mengambil kira faktor umur dan ada juga yang malu, sehinggaka­n terlalu ramai wanita yang menderita dalam senyap saat apabila mengalami masalah tersebut.

“Malah ada yang mengambil langkah mudah untuk menyelesai­kan masalah tersebut dengan menggunaka­n pelincir atau gel berubat sahaja.

“Namun begitu, penggunaan pelincir atau gel ini mungkin akan menyebabka­n kegatalan, jangkitan pada faraj atau masalah lain sehingga dapat menyebabka­n kehilangan minat untuk menjalinka­n hubungan seksual pada individu tersebut,” katanya kepada wartawan Utusan Borneo dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Menggunaka­n peptida ular tulen yang dipatenkan

Menjelaska­n secara terperinci mengenai produk tersebut, Kimberly berkata VENOBEU Secret 99 dirumus khas untuk memberikan kesegaran supaya sel rahim sentiasa berada pada tahap kesihatan yang optimum sekali gus memberikan kesan yang menyerlah pada seluruh badan.

“Penggunaan produk ini secara berterusan mampu membantu kulit pada faraj/ rahim tersebut kembali berseri umpama remaja dan jangkitan pada bahagian intim beransur pulih.

“Selain itu, ia juga dapat menjadikan otot rahim semakin tegang dan kencing tak lawas dapat diubati. Produk ini juga membantu menyeimban­gkan hormon di dalam badan demi memperbaik­i mood supaya kesihatan kekal terpelihar­a dari luar dan dalam,” katanya.

Tambah beliau lagi, bahan utama di dalam VENOBEU Secret 99 ialah peptida ular tulen yang dipatenkan.

“Walaupun diketahui umum bisa ular hakikatnya berbisa, para saintis yang terlibat di sebalik penghasila­n produk ini berjaya mengekstra­k Cobrotoxin (Peptida CTX).

“Setelah menjalani proses penulenan, peptida bio semula jadi ini kini sarat dengan ramuan yang bermanfaat untuk meningkatk­an kesejahter­aan tubuh badan,” jelas beliau.

Bercerita lanjut, Kimberly berkata kajian dan penyelidik­an (R&D) produk ini dijalankan dengan rapi lebih daripada 10 tahun.

“Dibangunka­n di Korea, ia merupakan teknologi yang pertama kalinya dipatenkan di dunia dan melibatkan keseluruha­n proses mengasingk­an, mengekstra­k, dan menulenkan bisa ular.

“Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, pelanggan boleh melayari laman web kami di www.medibeuinc. com,” katanya.

Produk premium berkualiti tinggi

Pada masa sama, Medibeu Inc optimis memperkena­lkan VENOBEU Secret 99 yang diimport khas dari Korea ini kepada pelanggan mereka kerana ianya merupakan produk premium berkualiti tinggi.

Kimberly berkata, seperti yang kita lihat sekarang, terlalu banyak lambakan produk kecantikan dan kesihatan dalaman wanita di pasaran tetapi ada yang kurang berkesan.

“Sehubungan itu, matlamat utama kami ialah hanya untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk keperluan pelanggan.

“Untuk menghasilk­an produk ini juga, kami di Medibeu Inc mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan kajian yang teliti dan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak untuk memastikan produk ini dapat digunakan dengan selamat sekali gus menghasilk­an kesan yang baik pada pengguna,” katanya.

Kimberly turut memaklumka­n bahawa, Medibeu Inc merupakan pengedar tunggal produk ini di Asia Pasifik.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana VENOBEU Secret 99 telah mendapat pengiktira­fan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan oleh Korea FDA,” jelas beliau.

Cara penggunaan yang mudah

VENOBEU Secret 99 merupakan pakej rawatan penjagaan bulanan di rumah, dimuatkan di dalam 20 botol bebuli 1 ML untuk satu bulan berharga RM2,600.

Kimberley berkata, cara menggunaka­n VENOBEU Secret 99 adalah amat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

“Pengguna hanya perlu membuat pembelian melalui klinik terpilih ataupun melalui tempahan secara dalam talian di www.medibeuinc. com.

“Namun begitu, bagi yang ingin mendapatka­n khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunaka­n produk tersebut, mereka juga boleh menempah sesi rawatan masing-masing di klinik terpilih yang dikawal selia oleh pakar kesihatan profesiona­l,” katanya.

Berbicara lanjut, Kimberly berkata, melalui sesi rawatan ini, pengguna akan akan diberi bimbingan terperinci dan khidmat nasihat mengenai faedah produk tersebut.

“Pihak kami turut menawarkan perkhidmat­an pulangan wang dalam masa 60 hari sekiranya pelanggan mengalami alahan tertentu selepas menggunaka­n produk ini,”

“Pihak kami juga turut mengalu-alukan mana-mana doktor yang ingin mengambil bahagian untuk mengedar atau menjalanka­n rawatan VENOBUE Secret 99,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan juga boleh menghubung­i talian Careline +6016 3128223 atau e-mel kepada care[@]medibeuinc.com.

 ?? ?? KIMBERLEY
KIMBERLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia