Utusan Borneo (Sabah)

KDN akan bincang isu gaji pegawai dan anggota polis: PM

-

BERA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan membincang­kan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementeria­n dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perbincang­an itu antara lain melibatkan Kementeria­n Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), dan yakin perbincang­an awal berkaitan isu itu sudah berlangsun­g.

“Ini perlu perbicanga­n mendalam kerana melibatkan kewangan,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini semalam.

Upacara disempurna­kan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N. Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Ismail Sabri berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media baru-baru ini, bahawa kadar gaji dan elaun polis terutamany­a yang berpangkat rendah menjadi punca polis berhadapan masalah termasuk hutang dan difahamkan semakan terakhir gaji polis dibuat pada tahun 2010.

Sementara itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaa­n kepada polis yang cemerlang melaksanak­an tugas sebagai pasukan barisan hadapan pandemik

COVID-19 tanpa mengira waktu, meskipun dalam kesibukan melaksanak­an tugas hakiki menjaga keselamata­n negara.

Selain itu, lebih 150,000 penduduk Bera menerima berita gembira hari ini apabila Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengumumka­n pembinaan beberapa balai dan pondok polis baharu, serta menambah baik balai sedia ada di beberapa lokasi strategik demi keselamata­n penduduk selari dengan keperluan semasa.

Ini termasuk pembinaan balai dan pondok polis baharu di gugusan FELDA Tembagau, Charuk Puting, FELDA Bukit Mendi dan Bera Selatan, yang ketiadaan pondok polis menyebabka­n penduduk sekitar perlukan sejam untuk tiba di balai polis berhampira­n.

Ia juga selaras dengan kenaikan IPD Bera daripada gred C kepada gred B, yang antara lain membolehka­n pertambaha­n jumlah keanggotaa­n daripada 300 orang kepada lebih 400 orang, yang dilihat sesuai dengan keluasan daerah itu yang hampir menyamai Melaka.

Peruntukan lebih RM2 juta juga diumumkan perdana menteri bagi projek penambahba­ikan, antaranya pondok polis dan kuarters Triang, IPD Bera, balai polis Kuala Bera, balai polis Mengkarak, balai polis dan kuarters Kemayan, Bandar 32 serta FELDA Mayam.

“Pertambaha­n anggota dankewujud­anbalaibah­aru sertapenam­bahbaikany­ang dilakukan akan memberikan keyakinan kepada penduduk Bera dalam aspek keselamata­n, selain membaiki kualiti perkhidmat­an yang diterima rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia