Utusan Borneo (Sabah)

Sikap sendiri punca kesukaran dihadapi antivaksin: Ismail Sabri

-

BERA: Kerajaan tidak akan secara sengaja menyukarka­n kehidupan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin COVID- 19, tetapi perkara itu berpunca daripada sikap mereka sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun suntikan vaksin tidak diwajibkan buat masa ini, namun ia membantu mereka yang menerimany­a untuk menjalani kehidupan lebih mudah, menerusi pelbagai kelonggara­n yang diberikan termasuk kebenaran merentas negeri.

“Mereka yang tidak mengambil vaksin yang menyukarka­n diri, bukan kerajaan yang sengaja menyusahka­n... sebab itu saya menyeru mereka yang masih belum menerima vaksin untuk berbuat demikian, supaya semua kemudahan yang diberikan turut boleh dinikmati.

“Tambahan pula, sebagai manusia kita kena bertanggun­gjawab membantu melindungi orang lain, dengan mengurangk­an risiko jangkitan dan mengurangk­an keseriusan kesan penyakit jika dijangkiti, dengan mengambil vaksin COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini semalam.

Upacara disempurna­kan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N.Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Kelmarin Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.

Kenyataan Khairy itu, menurut Perdana Menteri adalah merujuk kepada kesukaran yang terpaksa dilalui mereka yang tidak mahu menerima vaksin, memandangk­an syarat lengkap vaksin COVID-19 bukan hanya dibuat kerajaan Malaysia, namun pelbagai pihak lain.

“... seperti hanya mereka yang lengkap vaksin dibenar mengerjaka­n umrah dan tahun hadapan boleh menunaikan ibadah haji. Ini syarat daripada kerajaan Arab Saudi yang sudah tentu menyusahka­n diri mereka yang tidak divaksin,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada lengkap dua dos vaksin akan dijadikan syarat pengambila­n baharu penjawat awam, Ismail Sabri berkata walaupun ia cadangan yang baik, ia memerlukan perincian dan kajian mendalam oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Ismail Sabri (kiri) menyerahka­n surat arahan pertukaran dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin (dua kanan) pada Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera dekat Bera, semalam.
— Gambar Bernama SERAH: Ismail Sabri (kiri) menyerahka­n surat arahan pertukaran dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin (dua kanan) pada Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera dekat Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia