Utusan Borneo (Sabah)

‘Pahlawan’ Sarawak harumkan negara

Lima peserta berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Muaythai Virtual Dunia IFMA 2021 secara maya

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Lima peserta dari Sarawak mengharumk­an nama negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Muaythai Virtual Dunia IFMA 2021.

Daniel Dylan Casy meraih gangsa dalam acara Wai Kru bawah 10 tahun manakala Jeremy Lo Texas menggondol pingat sama dalam kategori Shadow Box Remaja Lelaki bawah 13 tahun.

Dua lagi gangsa disumbang dua beradik, Zulfikar Muhammad Johan Ghazali dan Zulfikar Muhammad Mikail Ghazali dalam acara Shadow Box Remaja Lelaki Bawah 15 tahun dan Wai Kru Remaja Bawah 14 tahun.

Gangsa terakhir disumbang Herman Dominic Barin dalam kategori Shadow Referee Lelaki 40 tahun ke atas.

Kejayaan atlet- atlet Sarawak itu turut mendapat pujian daripada Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) sambil menggalakk­an persatuan muaythai negeri-negeri lain mengambil pendekatan sama pada tahun hadapan.

Ini salah satu petunjuk PMNS melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperoleh­i pengiktira­fan daripada IFMA sebagai satu-satu persatuan muaythai di Malaysia dalam acara kejohanan virtual dan

memperoleh­i pingat gangsa.

Jumaat Ibrahim

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS)

Sementara itu, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim melahirkan rasa bangga dengan kejayaan lima wakil dari Sarawak mengharumk­an nama negara pada kejohanan berprestij itu.

“Ini salah satu petunjuk PMNS melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperoleh­i pengiktira­fan daripada IFMA sebagai satusatu persatuan muaythai di Malaysia dalam acara kejohanan virtual dan memperoleh­i pingat gangsa.

“Syabas kepada anakanak muaythai memenangi acara itu dan berharap ia tidak setakat itu sahaja malah terus berusaha menjulang nama Sarawak dan Malaysia di mata dunia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pencapaian atlet-atlet Sarawak tidak tercapai tanpa dorongan serta dokongan Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak (KBSS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Suan Negeri Sarawak (MSNS) terhadap apa juga aktiviti dilaksanak­an oleh PMNS.

 ?? ?? TAHNIAH: Lima anak Sarawak mengharumk­an nama negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Muaythai Virtual Dunia IFMA 2021.
TAHNIAH: Lima anak Sarawak mengharumk­an nama negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Muaythai Virtual Dunia IFMA 2021.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia