Utusan Borneo (Sabah)

Padang bola sepak Kampung Selang Hulu mampu melahirkan pemain berkaliber

-

KUCHING: Padang bola sepak di Kampung Selang Hulu yang siap dinaik taraf dijangka mampu melahirkan pemain-pemain berkaliber untuk diketengah­kan ke peringkat tertinggi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata diwujudkan sejak 1980 padang tersebut telah melahirkan ramai pemain yang mewakili bahagian dan negeri.

“Dengan adanya padang ini, anak-anak muda mempunyai kemudahan untuk bersukan dan mengamalka­n aktiviti sihat.

“Kita berharap padang ini dapat terus melahirkan pemain-pemain berkaliber dan mewakili Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merucap merasmikan Padang Bola Sepak Kampung Selang Hulu di sini semalam.

Padang bola sepak tersebut selesai dinaik taraf dengan kos RM100,000 menggunaka­n dana Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

MenteriMud­aUtiliti(Bekalan Air) itu menjelaska­n, kerja- kerja menaik taraf dijalankan selepas mendapat permohonan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Selang Hulu.

Dr Abdul Rahman berkata, fasiliti sukan seperti padang bola sepak memang mendapat sambutan kalangan generasi muda.

“Kita perlu menggunaka­n kemudahan ini dengan sebaik- baik mungkin,” katanya.

Hadir sama Penghulu Kampung Selang, Johar Japar dan Ketua Kampung (KK) Selang Hulu, Zainal Abidin Samaudin.

 ?? ?? SERAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an jersi simbolik perasmian Padang Bola Sepak Kampung Selang Hulu, semalam.
SERAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an jersi simbolik perasmian Padang Bola Sepak Kampung Selang Hulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia