Utusan Borneo (Sabah)

Real Sociedad tewaskan Mallorca1-0, lonjak tangga teratas La Liga Sepanyol

-

MADRID: Real Sociedad memintas Real Madrid ke tangga teratas La Liga Sepanyol selepas menjaringk­an gol kemenangan lewat untuk menewaskan Real Mallorca walaupun bermain hampir separuh permainan dengan 10 pemain pada Sabtu.

Julen Lobete menjaringk­an gol pada minit kecederaan untuk kemenangan 1-0 dan memastikan sorakan kegembiraa­n di Reale Arena di mana penyokong dan pemain meraikanny­a seperti mereka memenangi satu kejuaraan.

“Saya menangis kegembiraa­n,” kata Lobete. “Saya tidak dapat menggambar­kannya.”

Dalam suasana meriah selepas tamat permainan, para pemain membawa trofi Copa del Rey 2020 – yang dimenangi sebelum ini ketika menewaskan Athletic Bilbao pada final tertangguh – di hadapan penyokong mereka sendiri buat kali pertama.

“Pemain ini tidak kurang cita-cita atau kepercayaa­n tetapi apabila penyokong seperti ini di Reale Arena, ia lebih mudah,” kata jurulatih Imanol Aguacil.

“Kami dapat meraikan kejuaraan ini bersama penyokong, menunjukka­n mereka trofi dan saat hebat untuk bersama mereka.”

Dan ketika Real Madrid akan menentang Barcelona pada pertemuan ‘El Clasico’ pertama musim ini pada minggu hadapan, perlawanan di antara Real Sociedad di Atletico Madrid, juara bertahan liga, mempunyai tarikan utama untuk menduduki tangga teratas liga.

Atletico juga kurang tiga mata di belakang Sociedad dan berada di tangga ketiga dengan perbezaan gol berbanding Real Madrid.

“Ia permulaan hebat tetapi itu sahaja,” kata Aguacil, “Kami harus meneruskan rentak ini.”

Dengan perlawanan melibatkan Real Madrid dan Atletico ditangguhk­an minggu ini kerana lanjutan kalendar bola sepak antarabang­sa di Amerika Selatan, Real Sociedad tahu mereka boleh merampas pendahulua­n liga jika mengelak kekalahan apabila menentang Mallorca, pendatang baharu liga musim ini.

Tetapi harapan kemenangan menjadi sukar apabila Aiten Munoz dilayangka­n kad kuning kedua pada akhir separuh masa kedua, menyebabka­n pasukannya bermain sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain.

Tetapi Sociedad tidak hilang fokus dan sebaliknya menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan.

Lobete, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menerima umpanan Martin Zubimendi sebelum melakukan rembatan ke pintu gol dari hujung kotak penalti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia