Utusan Borneo (Sabah)

Serie A Itali: Inter Milan tewas 1-3 menentang Lazio

-

MILAN: Juara bertahan, Inter Milan, tewas buat kali pertama dalam Serie A Itali pada musim ini apabila kalah 1-3 kepada Lazio pada perlawanan tegang sementara AC Milan bangkit dari ketinggala­n dua gol menentang Verona dan melonjak ke tangga teratas liga.

Inter berang selepas Felipe Anderson merembat bola muntah pada minit ke-81 untuk meletakkan Lazio 2-1 di hadapan pada perlawanan di Stadio Olimpico, dengan pemain Lazio marah kerana Lazio sepatutnya memberhent­ikan permainan kerana Federico Dimarco mengalami kecederaan.

Tetapi Lazio tidak menerima arahan dari pengadil untuk memberhent­ikan permainan dan Dimarco menjaringk­an gol sebelum Inter meneruskan serangan mereka.

Lima kad kuning dikeluarka­n pengadil dalam kemuncak ketegangan itu ketika pemain Inter memberhent­ikan permainan selama beberapa minit, dengan pemain pertahanan Inter, Denzel Dumfries mungkin bernasib baik kerana hanya dilayangka­n kad kuning.

Ia adalah kepulangan mengecewak­an buat jurulatih Inter, Simone Inzaghi, yang meninggalk­an Lazio pada penutup musim ini menggantik­an tempat Antonio Conte di Inter.

Pengganti Inzaghi di Lazio, Maurizio Sarri, yang sering dikritik pada awal musim namun berjaya membawa pulang tiga mata untuk membawa Lazio naik ke tangga kelima liga.

“Kami bolos gol kedua yang pelik dan hilang kewarasan,” kata Inzaghi.

“Ia tidak seharusnya berlaku kerana pengadil boleh meneruskan permainan dan ada 10 minit baki permainan, kami seharusnya terus bermain.

“Gol ketiga paling teruk kerana kami tidak bertahan dengan baik dan seperti sudah mengalah. Kami hilang fokus dan masih ada masa untuk bangkit untuk gol kedua sebelum itu (gol ketiga).”

Inter kekal di tangga ketiga dan mungkin ketinggala­n tujuh mata di belakang Napoli jika menewaskan Torino pada perlawanan lewat untuk merampas kedudukan teratas liga.

AC Milan naik ke tangga teratas dengan kelebihan satu mata apabila menewaskan Verona 3-2 pada perlawanan di mana penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovi­c beraksi buat kali pertama sebagai pemain gantian selepas pulih dari kecederaan.

Di Rom, Inter memecah kebuntuan pada minit ke20 menerusi gol Ivan Perisic tetapi Lazio mengikat kedudukan pada minit ke-64 dari satu tendangan penalti selepas Alessandro Baastoni terpegang bola dalam kotak penalti.

Ciro Immobile tidak mempunyai masalah menyempurn­akan penalti untuk gol ketujuhnya musim ini dan memintas Edin Dzeko dari Inter selaku penjaring terbanyak liga setakat ini.

Saat kontrovers­i muncul dengan berbaki sembilan minit permainan apabila Dimarco mengalami kecederaan selepas rempuhan di tengah padang.

Namun ketika pemain Inter menjangka permainan dihentikan dan sepakan percuma diberikan kepada mereka, pengadil sebaliknya meneruskan serangan Inter dengan Lautaro Martinez merembat tepat ke arah penjaga gol Lazio, Claudio Reina, yang kemudian memulakan satu serangan pantas.

Rembatan Immobile diselamatk­an penjaga gol Inter,

Samir Handanovic tetapi Anderson merembat bola muntah, menyebabka­n Dumfries dan Handanovic berang dengan apa yang berlaku.

“Tiada perdebatan,” kata Sarri. “Dimarco jatuh dan Inter mempunyai peluang menyerang.”

Matteo Darmain menjadi pemain keenam Inter yang dilayangka­n kad kuning pada minit kecederaan dan Sergej Milinkovic- Savic melengkapk­an jaringan dari satu tendangan percuma Luis Alberto.

Milan naik ke tangga teratas dan masih belum tewas untuk membuktika­n kemampuan mereka mencabar kejuaraan liga pada musim ini dan juga memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 2011.

Anak buah Stefano Pioli membayangk­an kekalahan liga yang pertama mereka apabila ketinggala­n 0-2 pada masa rehat menerusi gol Gianluca Caprari dan Antonin Barak.

Namun tandukan Olivier Giroud sebelum satu jam permainan memberikan Milan harapan sebelum Franck Kessie mengikat kedudukan pada minit ke-76 dari satu tendangan penalti kontrovers­i.

Ibrahimovi­c dimasukkan selepas gol penyamaan itu untuk penampilan pertamanya sejak lebih dari sebulan dan satu hantaran lintang kepada Ibrahimovi­c bagaimanap­un terkena pemain Verona, Koray Gunter dan masuk ke pintu golnya sendiri untuk memberikan gol kemenangan Milan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Felipe (kanan) berasak mendapatka­n bola pada perlawanan Serie A Itali di antara Lazio dan Inter Milan di stadium Olimpik di Rom, kelmarin.
— Gambar AFP FOKUS: Felipe (kanan) berasak mendapatka­n bola pada perlawanan Serie A Itali di antara Lazio dan Inter Milan di stadium Olimpik di Rom, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia