Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf pasar tamu perkasakan hasil pertanian pengusaha kecil

- Oleh Siti Aisyah Narudin

BELURAN: Usaha kerajaan menaik taraf tapak pasar tamu di daerah ini yang dijangka siap pada pertengaha­n Mei tahun depan bakal memanfaatk­an kira-kira 170 pengusaha kecil sedia ada.

Projek naik taraf berkenaan dilaksanak­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dengan peruntukan sebanyak RM746,000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penaiktara­fan pasar tamu Beluran adalah yang keempat di Sabah dan ia bakal memberi kemudahan kepada golongan petani, pengeluar dan usahawan produk pertanian tempatan.

Menurutnya, setelah siap dinaik taraf, pentadbira­n pasar tamu berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Daerah Beluran.

“Dengan adanya pasar tamu baharu ini, ia akan meningkatk­an pendapatan para peserta sekali gus menjadi saluran pasaran produk agromakana­n bagi membantu pengusaha kecil memasarkan hasil keluaran sendiri.

“Sehingga kini, FAMA menaik taraf dua pasar tamu di Sabah iaitu di Sook Keningau dan Kudat, manakala pasar tamu Kunak masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Mac 2022.

“Selain kerjasama dengan pihak Majlis Daerah Beluran untuk menaik taraf pasar tamu, pihak FAMA juga dalam proses membangunk­an sebuah medan gerai buah-buahan segar di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Program Prihatin Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran di sini semalam. Terdahulu, Ronald mengadakan lawatan kerja ke tapak projek naik taraf pasar tamu Beluran dan menyampaik­an sumbangan sempena Program Sentuhan Kasih Tani.

Ronald berkata, projek menaik taraf pasar tamu adalah sebahagian daripada program pengukuhan rangkaian peruncitan pasar tamu di Sabah dan Sarawak.

Usaha itu jelasnya, dengan matlamat untuk mentransfo­rmasikan pasar tamu tanpa menghilang­kan identiti keunikanny­a.

Katanya, pembanguna­n pasar tamu adalah sebahagian daripada fungsi FAMA dalam memperkasa­kan pemasaran hasil pertanian melalui pembanguna­n premis pemasaran kekal bagi memudahkan urusan antara usahawan dan pengunjung serta pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, FAMA turut mengenal pasti tapak pasar tamu Tuaran sebagai lokasi seterusnya untuk dinaik taraf pada 2022 yang juga mendapat persetujua­n Majlis Daerah Tuaran.

Dalam pada itu, Ronald turut menyampaik­an sumbangan MAFI Prihatin kepada 500 penduduk di tiga pulau dekat sini iaitu Pulau Kaniogan, Pulau Bukit Besi dan Pulau Ketabuan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, bagi negeri Sabah setakat ini, pelaksanaa­n MAFI Prihatin melalui FAMA memberi manfaat kepada seramai 1,113 orang di tujuh lokasi seluruh negeri dengan nilai bantuan berjumlah RM81,000.

Sementara itu, seramai 1,000 ahli peladang di daerah ini menerima sumbangan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ronald menzahirka­n penghargaa­n kepada NAFAS atas keprihatin­an yang berterusan kepada ahli- ahli peladang serta penduduk setempat lebihlebih pada musim pandemik COVID-19 ini.

“Diharap sumbangan yang disampaika­n ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangk­an beban para penerima terutama dalam menghadapi situasi semasa akibat pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Inisiatif Prihatin Peladang NAFAS ini juga adalah selari dengan komitmen MAFI untuk memastikan kebajikan golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan ahli keluarga petani, penternak dan nelayan sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah FAMA merangkap Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zainal Abidin Yang Razali dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk Samad Jambri.

 ?? ?? LAWATAN: Ronald (tengah) ketika melawat tapak projek naik taraf pasar tamu Beluran.
LAWATAN: Ronald (tengah) ketika melawat tapak projek naik taraf pasar tamu Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia