Utusan Borneo (Sabah)

China merampas kembali gelaran juara Piala Uber

-

AARHUS (Denmark): China merampas kembali gelaran juara Piala Uber daripada Jepun setelah menewaskan juara bertahan 3- 1 dalam aksi final yang berlangsun­g di Ceres Arena, di sini malam kelmarin (awal pagi waktu Malaysia).

Kejayaan yang diraih membolehka­n China menjurang trofi berprestij itu buat kali ke-15, selepas sembilan kali meraih gelaran juara pada 1998 hingga 2016 sebelum Jepun merampasny­a pada 2018 di Bangkok selepas terkandas di peringkat separuh akhir tunduk kepada Thailand 3-2.

Jepun yang menyasarka­n gelaran ketujuh Piala Uber, bermula dengan baik apabila pemain di ranking kelima dunia Akane Yamaguchi menyempurn­akan tugasnya menyumbang mata pertama menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik

Tokyo Chen Yu Fei 21-18, 21-10.

Gandingan emas Sukan Olimpik Tokyo Chen Qing Chen- Jia Yi Fan berjaya mengikat kedudukan 1- 1 walaupun terpaksa mengharung­i perlawanan sengit berlangsun­g selama hampir dua jam sebelum mengecewak­an Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 2927, 15-21, 21-18.

China yang terkenal dengan kehebatan skuad wanitanya kembali berada di hadapan selepas pemain di ranking kesembilan dunia He Bing Jiao menewaskan Sayaka Takahashi 21-9, 218 sebelum pasangan Huang Dong Ping- Li Wen Mei mengesahka­n mata kemenangan China, menewaskan Misaki Matsutomo- Nami Matsuyama 24- 22, 23- 21 dalam satu pertarunga­n sengit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia