Utusan Borneo (Sabah)

RM1.2 BILION UNTUK LUAR BANDAR

Keseluruha­n dana diguna biayai projek jalan kampung, bekalan air bersih dan elektrik luar bandar Sabah tahun ini

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan akan memperuntu­kkan sejumlah RM1.2 bilion khusus untuk pembanguna­n luar bandar di seluruh Sabah pada tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk

Seri Mahdzir Khalid berkata, keseluruha­n dana berkenaan akan digunakan bagi membiayai projek jalan kampung, bekalan air bersih luar bandar dan projek bekalan elektrik luar bandar.

“Jalan luar bandar, jalan kampung, elektrik dan bekalan air adalah penting kepada Sabah dan kesemuanya memerlukan kos yang tinggi.

“Untuk tahun ini, kos pembinaan jalan-jalan kampung sahaja di Sabah telah memakan belanja sebanyak RM150 juta,” katanya dalam sidang media selepas melawat projek naik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang di sini, kelmarin.

Beliau tidak nafikan terdapat projek yang dilaksanak­an di Sabah pada tahun ini lewat disiapkan disebabkan oleh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, semasa PKP, ada kontraktor yang terpaksa menghentik­an operasi disebabkan ada arahan yang dikeluarka­n.

“Oleh itu, ada projek yang sepatutnya siap pada Mei lepas terpaksa ditangguhk­an sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut sempat melawat beberapa projek luar bandar antaranya projek naik taraf Jalan Konkrit Kg. Ratau serta Pulau Penampang Manggatal dan projek membina jalan konkrit di Kg. Tombovo, Putatan.

Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak berkenaan proses pembanguna­n di Sabah lambat berbanding negeri lain di Malaysia, Mahdzir menjelaska­n Sabah adalah negeri yang besar dan memerlukan jumlah peruntukan yang besar.

Katanya, pelaksanaa­n kesemua projek serentak dalam setahun sangat memerlukan satu bajet yang sangat besar.

“Contohnya, jalan raya di Sabah panjang dan ia memerlukan peruntukan yang sangat besar. Oleh itu, jalan raya berkenaan hanya boleh dibina sedikit demi sedikit dan ambil masa untuk disiapkan.

“Apa yang pasti setiap tahun ada sahaja peruntukan diberikan untuk pembanguna­n Sabah dan ia tidak pernah berhenti,” katanya.

Mahdzir memberikan jaminan bahawa kerajaan tidak pernah berhenti menyediaka­n kemudahan asas kepada penduduk khususnya jalan-jalan kampung, elektrik dan bekalan air.

 ?? ?? TURUN PADANG: Mahdzir (tengah) ketika meninjau projek naik taraf jalan raya Kg. Pulau Penampang.
TURUN PADANG: Mahdzir (tengah) ketika meninjau projek naik taraf jalan raya Kg. Pulau Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia