Utusan Borneo (Sabah)

141,000 penduduk Tawau, Kalabakan belum divaksin

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai 141,000 penduduk di daerah Tawau dan Kalabakan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 sehingga hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi pasukan Rapid Assessment and Vaccinatio­n Operation (RAVO) komited mengesan mereka yang belum divaksin di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, jumlah itu termasuk penduduk tempatan dan rakyat asing yang menetap di daerah ini.

“Pasukan RAVO yang terdiri daripada kakitangan JKNS dan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau sedang giat menjalanka­n program outreach di daerah ini terutamany­a di kawasan pendalaman. Untuk permulaan, kita sasarkan satu di kawasan bandar iaitu pasaraya Bataras dan tiga di pedalaman termasukla­h kampung dan ladang Serudung Laut serta Teck Guan Serudung,” katanya ketika melancarka­n pelepasan pasukan RAVO ke pedalaman Serudung Laut di Klinik Kesihatan Tawau, di sini semalam.

Rose berkata, pihaknya tetap bertekad untuk menjalanka­n outreach di kawasan Serudung Laut walaupun kedudukann­ya sangat jauh di pedalaman bagi menjejaki penduduk yang belum divaksin.

“Seramai 31 anggota terlibat dalam pasukan RAVO tersebut yang terdiri pakar kesihatan awam, doktor daripada Klinik Kesihatan dan Hospital Tawau serta jururawat.

“Selain itu, pasukan itu turut dibantu oleh kakitangan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan sukarelawa­n Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac),” katanya. Menurutnya, sasaran outreach itu adalah seramai 2,000 orang termasuk penduduk tempatan dan pekerja ladang bukan warganegar­a.

“Pasukan RAVO juga akan bergerak ke 21 lokasi di daerah Tawau dan Kalabakan dalam tempoh satu minggu khususnya di kawasan yang kadar vaksinasin­ya masih rendah.

“Inisiatif itu diharap dapat memberikan vaksin kepada seluruh penduduk yang berumur 12 tahun ke atas sehingga boleh mencapai 100 peratus kadar vaksinasi di daerah ini,” katanya.

Katanya, outreach ke kawasan pedalaman menerusi pasukan RAVO juga akan dijalankan di Kinabatang­an, Tongod, Nabawan dan daerah lain yang masih rendah kadar vaksinasin­ya. Sementara itu, katanya, petugas kesihatan dan sukarelawa­n yang ditempatka­n di pasar raya akan memberikan perkhidmat­an langsung di kawasan tersebut.

“Saya berharap penduduk di kawasan bandar yang belum divaksin supaya dapat datang ke pasar raya Bataras untuk menerima vaksin dengan segera,” katanya.

 ?? ?? LANCAR: Rose (kanan) dan Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G. Navindran melancarka­n pelepasan pasukan RAVO.
LANCAR: Rose (kanan) dan Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G. Navindran melancarka­n pelepasan pasukan RAVO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia