Utusan Borneo (Sabah)

Rina nafi dakwaan keluar WARISAN

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kukusan Rina Jainal menafikan kandungan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalk­an Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Katanya, kandungan portal tersebut bersifat finah dan berniat jahat terhadap dirinya kerana sehingga hari ini beliau masih setia bersama Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

“Ditegaskan bahawa saya masih menjadi wakil rakyat dibawah payung parti WARISAN dan dakwaan itu hanya propaganda politik sahaja.

“Malah, dakwaan saya keluar parti kerana kecewa dengan perjuangan Presiden WARISAN yang semakin hilang arah juga adalah palsu dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Menurutnya, kekuatan, visi dan misi Presiden WARISAN masih jelas untuk memastikan hak rakyat Sabah terus terbela.

“Shafie juga tidak akur dengan tekanan luar, malah kekal tidak menandatan­gani perjanjian kepercayaa­n dan perbekalan (CSA) yang ditawarkan kerajaan seperti Pakatan Harapan.

“Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lagi pihak di sebelah sana terus melatah, sehingga sanggup tukar parti dan membeli ADUN WARISAN semata- mata mahu terus berkuasa,” katanya.

Rina berkata, sebenarnya dia tidak terkejut langsung dengan berita- berita picisan seperti yang ditularkan dalam portal tersebut.

“Portal itu memang dikendalik­an oleh cybertroop­er pihak berkepenti­ngan dan hanya bergantung kepada berita berbentuk fitnah untuk menjadi popular.

“Mungkin dengan cara membuat fitnah itu sahaja cybertroop­erb tersebut mendapatka­n sumber pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai sudah sedia maklum portal berita yang tidak berdaftar seperti itu ‘is nothing’ kecuali mereka yang malas berfikir sahaja akan menganggap ia betul dan perlu dibahaskan.

“Fitnah sebegini adalah bertujuan untuk melemahkan penyokong WARISAN, namun saya yakin pengundi di Kukusan tidak mudah tertipu.

“Hubungan saya dengan penduduk Kukusan sangat rapat kerana menerusi siri lawatan sebelum ini, mereka sentiasa menjadi penyokong setia seperti yang selalu dikongsika­n dalam Facebook.

“Justeru, ingin ditegaskan lagi tiada istilah keluar parti dari pihak ADUN Kukusan kerana saya masih teguh bersama kepimpinan Shafie,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia