Utusan Borneo (Sabah)

Mk ATB 2 bantu misi bantuan NGO Hunger Hurts

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) menerusi Skuadron Bot memainkan peranan membantu badan bukan kerajaan (NGO) mengagihka­n bantuan kepada penduduk terjejas.

KomanderAT­B2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pihaknya membantu sukarelawa­n Hunger Hurts mengagihka­n bantuan kepada penduduk di Pulau Berhala dan Kampung Tanjung Batu Darat, di sini.

“Bantuan itu adalah kerjasama yang kedua dilakukan Mk ATB 2 bersama Hunger Hurts selepas julung kalinya dilaksanak­an di Pulau Berhala awal tahun ini.

“Seramai 400 orang yang sudah dikenal pasti mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan diberikan bantuan dalam bentuk bakul makan kali ini,” katanya dalam keyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, Mk ATB 2 turut membantu menyalurka­n maklumat berkaitan penempatan penduduk yang terjejas di sepanjang kawasan tanggungja­wab kepada NGO yang memerlukan.

“Aktiviti itu adalah salah satu usaha Mk ATB 2 dalam menyokong misi bantuan kemanusiaa­n selaras dengan konsep Military Operation Other Then War (MOOTW) pada masa aman.

“Selain itu, ia dapat mengeratka­n lagi hubungan dan kerjasama di antara Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) dan masyarakat awam melalui NGO yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah programnya, Nur Syarina Ali berkata pandemik COVID19 banyak memberikan kesan terhadap rakyat Malaysia termasukla­h di Sabah.

“Penularan wabak itu menyebabka­n ramai penduduk yang tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa bagi menyara kehidupan seharian.

“Misi bantuan kali ini memberikan fokus terhadap keluarga yang benar-benar terjejas di kedua-dua penempatan tersebut,” katanya.

Nur Syarina menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Skuadron Bot ATB 2 khasnya Detasmen Bot Sandakan.

“Bantuan dari segi pengangkut­an dan tenaga kerja yang diberikan oleh Mk ATB 2 banyak membantu melancarka­n pengagihan bakul makanan yang telah dijalankan sejak misi pertama lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia