Utusan Borneo (Sabah)

SMKBS lancar Program Nilam@Home bantu pelajar tercicir

-

SEMPORNA: Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya Semporna ( SMKBS) komited bantu pelajar dengan pelbagai kaedah agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Pengetua SMKBS Rozita Anjuh berkata, pembelajar­an yang merangkumi subjek teras, elektif, sukan serta nilam kini diinovasik­an sesuai dengan keperluan semasa.

Oleh itu katanya, SMKBS telah melancarka­n Program Nilam@Home: Menelusuri Anak-Anak di Pulau Kelahiran melibatkan pelajar yang menetap di pedalaman termasuk Pulau Sumandi, Pulau Larapan, Pulau Malanta Silawa, Pulau Bakung Silawa, Pulau Selakan dan Pulau Pababag.

“Program ini merupakan inisiatif guru pusat sumber As-Syafie dengan kerjasama pentadbir SMKBS bertujuan untuk mendekati pelajar mereka yang menetap di pulau serta memberikan bahan bacaan dan kit nilam kepada mereka dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Ianya bertujuan untuk mengurangk­an masalah keciciran dalam proses pengajaran dan pembelajar­an ekoran daripada masalah capaian internet di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain memberikan kit bacaan nilam katanya, program juga diwarnai dengan aktiviti pemberian sumbangan alat tulis kepada pelajar.

“Pembaharua­n aktiviti bacaan buku pada ketika ini dilaksanak­an secara atas talian membolehka­n pelajar mengakses bahan bacaan pada bila-bila masa dikehendak­i mereka” katanya.

Sementara itu, Peneraju pelaksanaa­n program Zamilah Abidin selaku Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) SMKBS menyedari akan keperluan menjejaki pelajar kelahiran pulau yang tercicir dalam aktiviti nilam mingguan yang dilaksanak­an secara atas talian.

Katanya, statistik yang diperolehi dari guru-guru kelas SMKBS menunjukka­n bahawa sebahagian daripada pelajar kurang bergiat aktif dalam aktiviti pembelajar­an.

Namun katanya, ianya tidak dijadikan penghalang untuk meningkatk­an motivasi kendiri pelajar untuk menerajui kecemerlan­gan kelak.

“Sasaran utama unit perpustaka­an sekolah pada tahun ini adalah untuk menurunkan unjuran kadar murid yang kurang mahir membaca,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Barisan pengelola program Nilam@Home bersama pelajar kelahiran pulau menerima kit nilam.
KENANGAN: Barisan pengelola program Nilam@Home bersama pelajar kelahiran pulau menerima kit nilam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia