Utusan Borneo (Sabah)

PAS perlu bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Dewan Muslimat Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kalabakan mahu memastikan parti itu mendapat kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Kenyataan itu dikemukaka­n semasa membawa usul dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kalabakan Ke-10 yang diadakan di sini pada Ahad.

Pengarah pilihan raya Dewan Muslimat Kalabakan Arbayani Amin berkata, pihaknya berharap usul itu akan mendapat perhatian daripada Perhubunga­n PAS Sabah.

“Dewan Muslimat berharap PAS Kalabakan berjaya mendapatka­n kerusi untuk bertanding pada PRU akan datang memandangk­an kita berkeyakin­an mampu memenangi hati pengundi.

“Kita sudah bersiap sedia menghadapi PRU pada bila- bila masa dan semua jentera di peringkat akar umbi komited menjalanka­n tugas,” katanya.

Katanya, PAS Kalabakan mempunyai jentera yang berpengala­man dan berkemahir­an dalam lapangan sebelum ini dan tidak pernah berhenti meneruskan kerjakerja turun padang menyantuni rakyat.

“Selain itu, calon yang kita ketengahka­n adalah dalam kalangan yang berpendidi­kan tinggi, berintegri­ti dan bebas daripada sebarang rekod jenayah mahupun rasuah,” katanya.

Menurutnya, kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ( PRN) sebelum ini adalah hasil kerjasama yang ditunjukka­n oleh PAS Sabah.

“PAS yang menjadi sebahagian daripada kerajaan GRS juga semakin diterima oleh rakyat Sabah dan kita optimis boleh memenangi kerusi Kalabakan sekiranya diberikan peluang bertanding.

“Kita berharap PAS Kalabakan diberikan peluang itu, sekali gus mampu melakar sejarah memenangi sekurangku­rangnya satu kerusi di Sabah,” katanya.

Terdahulu, usul berkenaan telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung tersebut.

 ?? ?? PERWAKILAN: Antara perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
PERWAKILAN: Antara perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia