Utusan Borneo (Sabah)

230 warga pendidikan, murid jayakan Hari Sukan Negara 2021

-

LABUAN: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan turut tidak ketinggala­n untuk meraikan Hari Sukan Negara 2021 dengan melancarka­n tiga aktiviti utama secara bersemuka dan hidbrid bersama seluruh warga pendidikan.

Seramai 50 orang warga guru mengikuti aktiviti berkayak sejauh tujuh kilometer di sepanjang persisiran pantai dan 50 orang mengikuti senamrobik di Pusat Kokurikulu­m.

Manakala 30 orang lagi yang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi dan 100 murid terpilih dalam kalangan murid sekolah menengah mengikutin­ya secara hidbrid di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Sungai Lada.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Yusup Haji Mohamad berkata, sudah tiba masanya bagi semua warga pendidikan untuk kembali cergas bagi mengharung­i tiga peringkat pembukaan sekolah bermula pada 4 dan 18 Oktober serta 1 November 2021.

Katanya, semua jurulatih sukan dalam kalangan guruguru sendiri sudah boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dalam merencana periodisas­i dalam sukan masing-masing yang meliputi aspek kecergasan, kemahiran teknikal dan taktikal serta psikologi sukan.

“Perkara ini sudah dimesyuara­tkan dan diambil tindakan oleh Sektor Pembanguna­n Murid yang diterajui oleh Timbalan Pengarahny­a, Haji Abdul Rahman Haji Ahmad.

“Sejak April 2020, pendidik sentiasa berfikir untuk mengurangk­an jurang keciciran dalam aspek pembelajar­an.

“Kini jurulatih sukan perlu menyusun strategi agar kita juga tidak keciciran dari aspek potensi dan bakat murid,”katanya.

Yusup tidak lupa mengucapka­n terima kasih dan syabas kepada penyelaras utama program, Samsul Mandisin bersama penyelaras kayak, Abdul Kahar Abdul Rahim dan penyelaras senamrobik, Mariam Basir serta urusetiany­a yang berjaya melaksanak­an HSN JPWPL 2021.

“Terima kasih juga kepada semua pegawai, pengetua dan guru besar, kakitangan, guru dan murid yang menjayakan program tersebut,”katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid Samsul Mandisin berkata, sejak Labuan diumumkan selamat dan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Jabatan Pendidikan Labuan bersama rakan strategik mereka Jabatan Belia dan Sukan telah merangka pelbagai program dalam mengembali­kan gaya hidup sihat warga Labuan.

Katanya, sehinggaka­n tawaran hebat telah diberikan oleh JBS terhadap Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara bagi penggunaan kemudahan mereka.

“Walaupun begitu, pematuhan terhadap SOP masih diperketat­kan di mana semua peserta yang terlibat mestilah telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a,”katanya.

Sementara itu, majlis pelepasan peserta kayak disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias pukul 6.45 pagi di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun.

Aktiviti berakhir pada pukul 5 petang dan semua peserta berjaya mematuhi SOP dengan segera beredar meninggalk­an tapak aktiviti sejurus selesainya program.

 ?? ?? BERKAYAK: Peserta kayak di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
BERKAYAK: Peserta kayak di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
 ?? ?? KENANGAN: Gambar kenangan dirakam oleh Pengurusan Tertinggi JPWPL, Pengetua, Guru Besar dan urus setia di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.
KENANGAN: Gambar kenangan dirakam oleh Pengurusan Tertinggi JPWPL, Pengetua, Guru Besar dan urus setia di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan.
 ?? ?? LEPAS: Bashir melepaskan peserta kayak.
LEPAS: Bashir melepaskan peserta kayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia