Utusan Borneo (Sabah)

Gagal lapor rasuah: CEO didenda RM145,000

-

KUANTAN: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) warga Singapura didenda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal melaporkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sogokan bernilai RM33,850 diterimany­a, sejak dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain juga memerintah­kan Cheung Wing Shing, 60, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan, dipenjarak­an selama 16 bulan jika tertuduh yang bekerja di syarikat rangkaian restoran gagal menjelaska­n denda tersebut.

Cheung didakwa gagal melaporkan sogokan bernilai RM26,850 yang diterimany­a pada 23 Julai 2019 dan RM7,000 pada 14 Jan 2021 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat berkaitan dirinya menerusi pemindahan wang dalam talian di sebuah bank di Genting Highlands.

Wang tersebut didakwa diterima daripada dua syarikat kontraktor sebagai bayaran kepada tertuduh kerana melantik mereka untuk melaksanak­an kerja pengubahsu­aian dan pembekalan peralatan dapur di restoran bawah kendalian tertuduh.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalik­an mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25( 2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Joshua Kevin merayu mahkamah tidak mengenakan hukuman berat memandangk­an anak guamnya telah memberi kerjasama kepada SPRM dan mengaku bersalah pada kali pertama dihadapkan ke mahkamah.

“Kami mohon denda tidak terlalu tinggi kerana keadaan kewangan tertuduh juga terkesan akibat pandemik COVID-19, selain tertuduh juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini yang merupakan kesalahan kali pertamanya,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddi­n Wan Ladin memohon hukuman berat dikenakan bagi menunjukka­n SPRM tegas membantera­s jenayah rasuah bagi menangani persepsi pihak luar termasuk tohmahan di laman sosial yang mempersoal­kan keseriusan suruhanjay­a tersebut.

Tertuduh membayar denda tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Mohamad Saddam (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli ‘sun roof’ dua buah kereta pada Februari dan Mac lalu.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Mohamad Saddam (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli ‘sun roof’ dua buah kereta pada Februari dan Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia