Utusan Borneo (Sabah)

KPM, KKM bincang pelajar tingkatan lima ke sekolah tanpa penggilira­n

97% pelajar sudah menerima dos pertama, manakala 57.9% telah lengkap divaksin

-

TAMPIN: Kementeria­n Pendidikan ( KPM) sedang berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan ( KKM) mengenai kadar vaksinasi bagi membolehka­n pelajar tingkatan lima ke sekolah tanpa penggilira­n.

Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia susulan peningkata­n kadar vaksinasi pelajar tingkatan lima yang mencecah 97 peratus atau 371,696 pelajar menerima dos pertama, manakala 57.9 peratus (142,655 pelajar) telah lengkap divaksin.

“Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanak­an dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimba­ngkan untuk tiada penggilira­n.

“Mungkin dimulakan dengan pelajar tingkatan lima seperti dilaksanak­an untuk pelajar (mengambil peperiksaa­n) Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia ( STPM),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin pagi semalam.

Dalam pada itu, Radzi berkata seramai 339,951 murid layak hadir ke sekolah di negeri-negeri yang mencapai Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu di Negeri Sembilan, Labuan dan Langkawi bermula kelmarin dan semalam.

KPM sebelum ini membenarka­n pembukaan sekolah rendah bagi murid tahap satu di negeri-negeri yang telah mencapai Fasa Empat PPN.

Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini pelaksanaa­n Pengajaran dan Pembelajar­an ( PdP) penggilira­n pelajar ke sekolah, berjalan lancar termasuk Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum hadir ke sekolah secara bersemuka.

Beliau berkata menerusi PdPR guru akan memaklumka­n kepada setiap kumpulan pelajar mengenai persediaan yang perlu dilaksanak­an sebelum sesi PdP bersemuka bermula pada minggu berikutnya.

“Apabila murid datang ke sekolah pada minggu berikutnya, guru akan membantu mereka memahami topik atau perkara mereka dapati sukar difahami melalui PdPR,” katanya. — Bernama

“Pelajar telah mula kembali ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanak­an dengan baik, namun ada kumpulan pelajar mungkin dipertimba­ngkan untuk tiada penggilira­n.

Datuk Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Radzi bersama dengan murid tahun satu, Aidil Shahfitri, ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Radzi bersama dengan murid tahun satu, Aidil Shahfitri, ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia