Utusan Borneo (Sabah)

KKM cadang bersemuka dengan kumpulan antivaksin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID- 19 berdasarka­n kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dr Noor Azmi berpendapa­t kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID- 19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarka­n kajian dalam dan luar negara.

Beliau berkata KKM sebelum ini sudah menyatakan bahawa vaksin COVID19 bukanlah penyembuh tetapi bagi meningkatk­an imuniti badan dan kajian juga menunjukka­n terdapat kesan penurunan antibodi selepas enam bulan divaksin, lalu memerlukan individu berkenaan diberi dos penggalak.

“Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (antivaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.

“Jangan kita cakap sini sana dan menyebarka­n berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini semalam.

Dr Noor Azmi menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berhubung tindakan kerajaan supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan kumpulan antivaksin yang menggunaka­n data COVIDNOW bagi mempengaru­hi mereka yang belum divaksin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia