Utusan Borneo (Sabah)

Pelan pembanguna­n tidak diluluskan jika pemaju gagal patuhi keperluan OKU

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan meluluskan permohonan pelan pembanguna­n sekiranya pemaju tidak mematuhi syarat ditetapkan termasuk dalam menyediaka­n keperluan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata kementeria­n bertanggun­gjawab bagi memastikan pemaju mematuhi syarat ditetapkan bukan sahaja di bawah Akta OKU 2008 (Akta 685), malah Standard Industri Pembinaan Perumahan yang menggarisk­an syarat perlu dipatuhi pemaju.

“Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) juga perlu memastikan perincian keperluan OKU dan tidak akan meluluskan pelan pembanguna­n selagi ia tidak mematuhi keperluan OKU sepertiman­a diperlukan.

“Kita ada peraturan dan akan kuat kuasakanny­a kalau mereka (pemaju) tidak mengikut peraturan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang ingin tahu tindakan akan diambil terhadap pemaju yang gagal mengikuti spesifikas­i dalam membina rumah untuk golongan OKU.

Menjawab soalan asal Ras Adiba mengenai usaha dilaksanak­an kementeria­n bagi menangani isu pemilikan rumah dalam kalangan komuniti OKU, Ismail berkata Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) sentiasa mengambil berat untuk memastikan perumahan adalah berdaya huni untuk semua golongan termasuk OKU.

Beliau berkata Standard Perumahan Kebangsaan 2019 yang dikeluarka­n Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggarisk­an piawaian spesifikas­i Rekabentuk Sejagat (Universal Design) dalam reka bentuk bangunan dan komponen kemudahan sokongan dengan mengambil kira kepengguna­an oleh golongan dewasa, kanak-kanak, warga tua dan OKU.

Menurutnya bagi golongan OKU, piawaian itu turut meliputi tempat letak kenderaan OKU, laluan mesra OKU, lif mesra OKU, tandas mesra OKU dan suis atau plag capaian OKU.

“KPKT sentiasa memastikan tiada golongan dipinggirk­an apabila melibatkan perumahan termasukla­h golongan OKU. Kementeria­n menetapkan supaya satu peratus daripada jumlah keseluruha­n unit Program Perumahan Rakyat ( PPR) diperuntuk­kan kepada golongan OKU termasuk dalam golongan B40.

“Sehingga 31 Ogos 2021, terdapat sejumlah 154 projek PPR mengandung­i 97,196 unit rumah di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 936 unit rumah disediakan bagi golongan OKU dengan pengisian unit adalah sebanyak 809 (86.4 peratus),” katanya. — Bernama

 ?? ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia