Utusan Borneo (Sabah)

Masalah pesawah padi wangi pasarkan hasil akan selesai tempoh terdekat

-

KOTA BHARU: Masalah pesawah padi wangi di Kelantan dalam memasarkan hasil pertanian mereka akan diselesaik­an dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata isu pemasaran hasil tanaman yang didakwa merosot itu akan diuruskan oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa punca kemerosota­n termasuk penularan pandemik COVID- 19 yang menyebabka­n pesawah mengalami kerugian.

“Padi wangi ini tidak boleh masuk ke dalam mesin sama dengan padi lain, jadi timbul masalah ( untuk proses) jadi di Kelantan kebiasaann­ya ia akan di bawa ke Kedah.

“Namun, baru-baru ini berlaku lambakan di tempat dia (di Kedah) termasuk isu pandemik yang menyebabka­n tergendala sekejap. Benda ni (masalah) akan beransur pulih tambahan pula kebenaran rentas negeri juga telah dibenarkan, kita jamin akan pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2020 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi KADA Datuk Kamarudin Md Nor dan Pengurus Besar KADA Nik Roslan Idris.

Pada 7 Okt lepas media melaporkan lebih 200 pesawah padi wangi di negeri ini mendakwa kerugian hampir RM100,000 susulan masalah pemasaran hasil tanaman mereka yang semakin meruncing tahun ini.

Pengerusi Koperasi Padi Wangi Kelantan Berhad Zailan Awang dilaporkan mendakwa keadaan itu membabitka­n hasil tanaman diusahakan di kira- kira 40 hektar sawah di beberapa daerah termasuk Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kota Bharu.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi turut memaklumka­n hasrat kerajaan dalam memonopoli peratusan eksport dalam tempoh beberapa tahun akan datang sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap produk luar negara.

“Buat masa ini peratusan import negara untuk makanan asas termasuk padi adalah sekitar 30 peratus, manakala untuk eksport pula sekitar 20 peratus. Jadi kita berhasrat hendak tingkatkan eksport berbanding import.

“Kerajaan bersedia ke arah itu, tetapi kita harap rakyat terima sistem mahupun segala perancanga­n yang dibuat oleh kerajaan agar perkara ini dapat direalisas­ikan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKAN SELESAI: Nik Muhammad Zawawi pada sidang media selepas merasmikan majlis ‘flagoff’ pengekspor­tan produk usahawan Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd ke pasaran timur tengah di RTC Tunjung dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama AKAN SELESAI: Nik Muhammad Zawawi pada sidang media selepas merasmikan majlis ‘flagoff’ pengekspor­tan produk usahawan Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd ke pasaran timur tengah di RTC Tunjung dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia