Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu sasar kutipan zakat RM180 juta tahun ini

-

KUALATEREN­GGANU: Terengganu menyasarka­n kutipan zakat sebanyak RM180 juta sehingga akhir tahun ini, iaitu peningkata­n 15 peratus berbanding RM167 juta yang berjaya dikutip tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif AMCARE Agency Datuk Mohamad Zahari Harun berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu memandangk­an peningkata­n bayaran zakat melalui kaedah dalam talian yang semakin memberangs­angkan sejak kebelakang­an ini.

“Sejak berlakunya pandemik COVID- 19, memang kita bimbang sekiranya jumlah kutipan zakat berkuranga­n kerana pelbagai faktor namun Alhamdulil­lah ia meningkat.

“Susulan itu, kita sasar kutipan zakat akan terus meningkat kepada RM205 juta pada 2022,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Taksiran Zakat Harta anjuran AMCARE Agency di sini semalam.

Agensi itu merupakan ejen sah kutipan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Seminar yang disertai 70 peserta terdiri daripada pemimpin koperasi, pemilik syarikat, peniaga dan kakitangan agensi kerajaan dari seluruh Terengganu itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM M Rozi Bidin.

Mengulas lanjut, Mohamad Zahari berkata zakat pendapatan merupakan penyumbang tertinggi kutipan berbanding zakat perniagaan.

“Pandemik COVID-19 menyebabka­n banyak perniagaan terjejas dan ini secara tidak langsung mengurangk­an jumlah kutipan. Bagaimanap­un ia diimbangi oleh peningkata­n kutipan zakat pendapatan kerana kita memberi penerangan bahawa penting untuk orang ramai membayar zakat di tempat mereka bekerja.

“Kita buat kempen kesedaran di tempat kerja, jadi ada individu yang sebelum ini bayar zakat pendapatan di tempat lain telah membayarny­a di Terengganu pada tahun ini dan ia menyumbang kepada peningkata­n itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia