Utusan Borneo (Sabah)

Gol tunggal Osimhen bantu Napoli tewaskan Torino 1-0

-

ROM: Napoli kembali ke tangga teratas Serie A Itali selepas Victor Osimhen menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Torino 1-0 paeda Ahad.

AC Milan naik ke tangga teratas pada Sabtu selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Hellas Verona 3-2 di San Siro pada Sabtu.

Tetapi Napoli kembali ke tangga teratas liga selepas Osimhen, yang menjaringk­an gol ketika negaranya, Republik Afrika Tengah menang 2-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Afrika, menanduk gol kemenangan pada minit ke-81.

Penalti lemah Lorenzo Insigne dalam separuh masa pertama menafikan gol pembukaan Napoli dan Hirving Lozano kemudian melihat rembatanny­a terkena palang sebelum Osimhen akhirnya memecah kebuntuan.

“Ia adalah gol yang paling penting dalam karier saya,” kata Osimhen.

“Saya berasa sangat gembira. Suasana dalam stadium sangat hebat. Penyokong membakar semangat kami dan kerana itu kami berjaya memperoleh­i tiga mata penuh.” Napoli mengumpul 24 mata, dua mata lebih banyak berbanding AC Milan selepas menyamai permulaan terbaik dalam sejarah kelab, di mana mereka menang lapan perlawanan pertama pada musim 2017/2018.

Juara bertahan, Inter Milan, mengumpul 17 mata selepas tewas 1-3 kepada Lazio pada perlawanan hari Sabtu.

Juventus terus menaiki anak tangga liga selepas permulaan musim yang buruk apabila gol Moise Kean memastikan kemenangan 1-0 ke atas AS Roma.

Penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny menyelamat penalti Jordan Veretout sebelum rehat ketika Juventus meraih kemenangan keempat berturuttu­rut untuk naik ke tangga ketujuh liga sementara Roma kekal di tangga keempat tetapi sudah tewas tiga dari lima perlawanan terakhir.

“Saya suka keputusan 1-0, terutama sekali apabila kami mengelak pintu gol dari dibolosi sekali lagi,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

Pada perlawanan lain, Atalanta menang selesa 4-1 ke atas Empoli ketika mereka membuat persediaan untuk menentang Manchester United dalam aksi Liga JuaraJuara pada Rabu ini.

Penyerang veteran, Josip Ilicic, yang dipanggil semula ke dalam skuad selepas mengalami beberapa kecederaan dan masalah kemurungan serius, menjaringk­an gol pembukaan dan gol pertamanya musim ini.

Illicic, 33, menjaringk­an gol kedua pada minit ke-26 tetapi Federico Di Francesco merapatkan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.

Namun empat minit selepas rehat, Atalanta menjadikan kedudukan 3- 1 apabila pemain pertahanan Empoli, Mattia Viti tertolak bola ke pintu golnya sendiri sebelum Duvan Zapata melengkapk­an jaringan untuk gol ke- 100 dalam Serie A.

— AFP

 ?? ?? OSIMHEN
OSIMHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia