Utusan Borneo (Sabah)

Badosa ungguli Indian Wells

-

INDIAN WELLS: Paula Badosa mempamerka­n kekuatan mental untuk menjadi juara pada kejohanan sulungnya di Indian Wells apabila menewaskan juara dua kali, Victoria Azarenka dari Belarus di final.

Pemain dari Sepanyol itu, yang belum tewas satu set sejak perlawanan pertama dalam Jelajah WTA, memerlukan tiga jam dan empat minit untuk menewaskan Azarenka 7-6 (7/5), 2-6 dan 7-6 (7/2).

“Setiap pagi saya bangun tidur dan impian saya ialah memenangi kejohanan seperti ini,” kata Badosa. “Saya harus terus bekerja-keras dan sentiasa percaya. Kunci di sini ialah menikmati perjalanan anda.”

Badosa memenangi final terakhirny­a dalam WTA di

Belgrade pada awal musim tetapi dia menang selepas lawannya, Ana Konjuh menarik diri.

Kemenangan kali ini lebih menarik kerana Badosa berjaya memenangin­ya dalam gelanggang untuk kemenangan terbesar dalam kariernya.

“Ini adalah impian menjadi kenyataan,” kata Badosa pada majlis penyampaia­n hadiah dalam gelanggang.

Dia kemudian melihat Azarenka dan berkata “saya masih ingat apabila saya berusia 14 atau 15 tahun dan melihat kamu memenangi kejuaraan Grand Slam dan saya berharap saya boleh bermain seperti kami juga nanti.”

Azarenka memburu impian menjadi pemenang kali ketiga pada kejohanan di sini.

Dia cuba bangkit beberapa kali, berhempas-pulas selepas tewas set pertama pada permainan sengit yang berakhir dengan permainan tiebreak.

Azarenka meningkatk­an permainann­ya pada set kedua dan hanya memberikan dua mata kepada Badosa sebelum mengikat kedudukan 1-1.

Pada set penentuan, keduadua pemain mempamerka­n permainan memberangs­angkan dan saling bertukar pendahulua­n mata. Azarenka mempunyai peluang untuk menamatkan permainan tetapi Badosa memenangi tiga permainan seterusnya untuk membawa permainan ke satu lagi permainan tiebreak.

Sekali lagi, Badosa mempamerka­n aksi lebih baik dalam permainan tiebreak untuk mengesahka­n kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JUARA: Badosa (kanan) dan Azarenka bersalaman selepas tamat final kejohanan tenis Indian Wells di Indian Wells, California, kelmarin.
— Gambar AFP JUARA: Badosa (kanan) dan Azarenka bersalaman selepas tamat final kejohanan tenis Indian Wells di Indian Wells, California, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia