Utusan Borneo (Sabah)

PROMOSI SUKAN TRADISI DIPERKASA

Kementeria­n, jabatan dan agensi negeri perlu menggalas tanggungja­wab bersama, kata Ellron

-

KENINGAU: Usaha mempromosi sukan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) kepada umum perlu diperkasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, agensi dalam Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta jabatan berkaitan haruslah mempergiat usaha memperkena­lkan sukan tradisi menerusi kempen dan program dijalankan.

Katanya, program sukan tradisi merupakan wadah terbaik untuk memperkena­lkan sukan tradisi dan tanggungja­wab itu perlu digalas bersama.

Beliau berkata salah satu kaedah efektif memperkena­l keunikan sukan-sukan tradisi ini adalah melalui media sosial, memandangk­an media sosial merupakan medium pantas dan meluas pada hari ini.

“Pertanding­an sukan tradisi ini harus diteruskan, malah perlu diadakan secara lebih meluas agar ia dikenali ramai di peringkat negeri dan antarabang­sa.

“Setelah dua tahun sukan tradisi ini diadakan secara hibrid ataupun secara pertunjuka­n maya, hari ini kita bersyukur kerana dapat meraikanny­a secara fizikal dan pengunjung dapat merasai dan menyaksika­n sendiri sukan-sukan tradisi dengan lebih dekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pertanding­an Sukan Tradisi Sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Kraftangan Keningau, di sini.

Pada majlis sama, Ellron turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an sukan tradisi dalam acara menyumpit, membujak dan melastik serta pertanding­an baju tradisi terbaik.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LSS, Janih Bangud dan wakil KDCA, Pengurus Besar LSS, Terrance Edward Pudin. - Penerangan

 ?? ?? RASMI: Ellron (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Sukan Tradisi Kaamatan dengan membaling pujak ke arah sasaran.
RASMI: Ellron (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Sukan Tradisi Kaamatan dengan membaling pujak ke arah sasaran.
 ?? ?? MUSNAH: Keadaan rumah pasangan warga emas yang musnah selepas dilanda angin kencang di sini.
MUSNAH: Keadaan rumah pasangan warga emas yang musnah selepas dilanda angin kencang di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia