Utusan Borneo (Sabah)

Perang Rusia-Ukraine, varian Omicron terus beri kesan terhadap kargo udara

-

KUALA LUMPUR: Perang Rusia-Ukraine dan varian Omicron COVID-19 terus menjejaska­n kargo udara dengan permintaan global diukur dalam kargo tan kilometer (CTK) turun 5.2 peratus pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Memetik data Mac 2022 bagi pasaran kargo udara global, Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) berkata kapasiti kargo udara berada pada 1.2 peratus di atas paras Mac 2021.

“Walapun ia adalah angka yang positif, namun ia merupakan kejatuhan ketara berbanding 11.2 peratus tahun ke tahun pada Februari 2022, dengan Asia dan Eropah mencatatka­n penurunan terbesar dalam kapasiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbanga­n Asia Pasifik mencatatka­n penurunan kuantiti kargo udara sebanyak 5.1 peratus pada Mac 2022 berbanding bulan yang sama pada 2021, manakala kapasiti yang tersedia di rantau itu susut 6.4 peratus berbanding Mac 2021, penurunan terbesar dalam kalangan semua rantau.

“Dasar sifar-COVID di tanah besar China dan Hong Kong memberi kesan kepada prestasi,” katanya.

Menyedarib­ahawapasar­an kargo udara bergerak seiring dengan perkembang­an ekonomi global, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh pada Mac 2022 berkata bahawa persekitar­an dagangan menjadi lebih teruk.

“Kombinasi perang di Ukraine dan penularan varian Omicron di Asia telah menyebabka­n kenaikan kos tenaga, memburukka­n gangguan rantaian bekalan dan membawa tekanan inflasi.

“Justeru, berbanding setahun lalu, semakin sedikit barangan dihantar termasuk menerusi pengangkut­an udara,” katanya.

Walsh berkata keamanan di Ukraine dan peralihan dasar COVID-19 di China akan banyak membantu mengurangk­an ketidakten­tuan industri.

“Namun memandangk­an kedua-duanya dijangka tidak berakhir dalam tempoh terdekat ini, kami menjangkak­an peningkata­n cabaran bagi kargo udara ketika pasaran penumpang mempercepa­t pemulihan mereka,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia