Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut kemalangan

Nahas babit tiga kereta berlaku di Kilometer 8 Jalan Nitar, Mersing

-

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu warga emas maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitka­n tiga kereta di Kilometer 8 Jalan Nitar, Mersing, jam 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata, kemalangan itu menyebabka­n pemandu kereta Honda City, Yusof Deris, 66, yang dipercayai dalam perjalanan dari FELDA Nitar 2 menuju ke Mersing, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta itu cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona, dan sebuah lagi kereta Proton Persona yang berada di laluan Honda City turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Pemandu kereta Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu keduadua Proton Persona yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu Komander

Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Yusof Mat Yar dalam kenyataan berkata pemandu Honda City itu didapati tersepit di tempat duduk pemandu Honda City, manakala seorang wanita di tempat duduk penumpang pula cedera.

Beliau berkata tujuh lagi yang cedera adalah pemandu dan penumpang dua kereta Proton Pesona berkenaan.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 9.22 malam kelmarin.

“Pemandu kereta Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kedua-dua Proton Persona yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. ”

Supt Cyril Edward Nuing Ketua Polis Daerah Mersing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia