Utusan Borneo (Sabah)

28 maut kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri kelmarin dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, enam kematian lagi membabitka­n pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.

“Angkakemat­iansemalam (kelmarin) merupakan yang tertinggi direkodkan sejak Ops Selamat 18 dilancarka­n pada 29 April lepas, berbanding 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April dan 20 kematian pada 1 Mei,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin berkata secara keseluruha­n 76 kematian direkodkan sejak operasi itu dilancarka­n sehingga kelmarin, dengan Selangor merekodkan kes kemalangan maut tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).

“Sebanyak 29 kematian direkodkan akibat kemalangan maut yang berlaku di jalan Persekutua­n, jalan negeri (21), jalan bandaran (9), lebuh raya (7) dan lainlain jalan (10),” katanya.

Beliau berkata setakat kelmarin, sebanyak 6,932 kemalangan dicatatkan pada Ops Selamat 18 dengan 1,650 kes di Selangor, diikuti Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674) dan Pulau Pinang (597).

“Jalan bandaran merekodkan kemalangan tertinggi sebanyak 2,925 kes, jalan Persekutua­n (1,401), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan lain-lain jalan 568 kes,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 211,235 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan trafik dengan 81,753 saman kerana memandu melebihi had laju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia