Utusan Borneo (Sabah)

JKNPP minta semua pihak tidak buat spekulasi kematian pegawai perubatan HPP

-

GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarka­n maklumat tidak sahih mengenai kematian seorang petugas Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada 17 April lepas.

Pengarahny­a Dr Maarof Sudin berkata, beliau dimaklumka­n bahawa polis yang sedang menyiasat kes itu telah mengarahka­n bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata memandangk­an kes ini masih dalam siasatan polis, dan bagi menghormat­i keluarga mendiang, JKNPP memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarka­n maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.

“Jabatan ini (JKNPP) dan pihak HPP akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak polis dalam siasatan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam kejadian 17 April lepas petugas itu ditemui maut, dipercayai selepas terjatuh daripada unit kediamanny­a di bangunan berhampira­n.

Dr Maarof yang turut mengucapka­n takziah kepada keluarga serta rakan-rakan mendiang berkata, mendiang merupakan seorang Pegawai Perubatan Siswazah yang telah melaporkan diri dan ditempatka­n di HPP pada 4 April lepas.

Menurutnya laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal, termasuk laporan bedah siasat Jabatan Forensik HPP, yang akan dikemukaka­n kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Agroteknol­ogi dan Keselamata­n Makanan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin dalam kenyataan berasingan memohon Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyiasat secara menyeluruh kes itu, berikutan ia didakwa kejadian kedua dalam tempoh kurang dua tahun yang membabitka­n doktor.

Norlela berkata, pihak yang terlibat juga perlu memberi penjelasan mengenai kes dan situasi dihadapi doktor di hospital di negeri ini.

“Saya pernah membangkit­kan tentang tempoh masa kerja yang tidak logik membabitka­n profesion seorang doktor yang pernah dihadapi oleh ahli keluarga saya sebelum ini, namun maklum balas pihak kesihatan negeri adalah semua doktor perlu melalui situasi berkenaan,” katanya.

Kelmarin satu portal berita melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahka­n seorang doktor pelatih dari HPP ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Pada penghujung tahun 2020, seorang doktor pelatih lelaki yang bertugas di HPP ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bukit Jambul, dipercayai akibat membunuh diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia