Utusan Borneo (Sabah)

Real Madrid perlu pertaruh 100% usaha dalam aksi kedua menentang Man City

-

MADRID: Carlo Ancelotti kelmarin mengakui bahawa Real Madrid perlu bertaruh untuk bangkit mengalahka­n Manchester City dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

Madrid melangkah dengan 4-3 selepas pusingan pertama yang mendebarka­n di Manchester minggu lalu dalam satu lagi kemunculan semula dan mara ke final Liga Juara-Juara pertama kelab itu sejak 2018.

“Jika kita duduk dalam, kita tidak akan melakar 99 cubaan dan jika kita masuk ke dalam kotak mereka, mereka akan pergi ke arah kita tetapi kadang-kadang anda perlu mengambil risiko,” kata Ancelotti dalam sidang akhbar menjelang pusingan kedua pada hari Khamis.

“Dalam perlawanan ini kami telah menjaringk­an banyak gol – empat menentang Paris-Saint Germain, lima menentang Chelsea, tiga menentang City – jadi kami mempunyai kualiti untuk mengambil risiko.”

Real Madrid menunjukka­n ketahanan dan berjuang untuk bangkit menentang kedua-dua Paris Saint-Germain pada 16 akhir dan Chelsea di suku akhir, tetapi Ancelotti berkata mereka memerlukan lebih daripada sekadar watak untuk mengalahka­n City.

“Anda tidak sampai ke final sekadar dengan hati anda,” kata Ancelotti.

“Keperibadi­an adalah sesuatu yang penting tetapi anda memerlukan kualiti individu, komitmen bersama – anda memerlukan semua ini untuk mara ke final, hanya satu perkara ini tidak akan mencukupi untuk sampai ke final.”

Luka Modric berkata pemain yakin mereka boleh menang tatkala Real Madrid mengejar Piala Eropah ke14.

“Kami sangat yakin bahawa kami boleh bangkit, kerana kami tahu bahawa dalam perlawanan pertama kami tidak bermain pada tahap terbaik dan kami masih menjaringk­an tiga gol,” kata Modric.

“Kami mempunyai kualiti dan watak dan sejarah kelab ini, yang membolot gelaran Liga Juara-Juara yang terbanyak, ia perbezaan besar.”

Real Madrid meraikan kemenangan gelaran La Liga ke-35 mereka pada hari Sabtu lalu, dengan para pemain menaiki bas terbuka untuk bertemu ribuan peminat di Plaza Cibeles di bandar ini, sungguhpun perlawanan kedua menentang City hanya empat hari lagi.

“Kami benar-benar mahu melawat Cibeles kerana sudah sekian lama kami tidak dapat meraikan gelaran dengan peminat kami,” kata Modric. “Kami menikmatin­ya tetapi sebaik sahaja ia berakhir, kami memberi tumpuan kepada perlawanan esok.

“Ia ialah hari yang indah namun musim belum berakhir.”

Ancelotti mengesahka­n bahawa pemain pertahanan Real Madrid, David Alaba akan terlepas permainan kerana kecederaan dan akan digantikan oleh Nacho Fernandez. Namun Casemiro sudah kembali sihat, memberi suntikan semangat Madrid di tengah padang.

“Casemiro akan membantu kami,” kata Ancelotti. “Kepulangan­nya menguatkan kami di pertahanan. Saya fikir kita akan melihat peningkata­n berbanding pusingan pertama.”

 ?? ?? ANCELOTTI
ANCELOTTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia