Utusan Borneo (Sabah)

Memenangi Liga Juara-Juara akan ‘ubah naratif’ tentang Man City, tegas De Bruyne

-

MANCHESTER: Kevin De Bruyne berkata, memenangi Liga Juara-Juara akan ‘mengubah naratif’ tentang Manchester City ketika mereka bersiap sedia untuk pusingan kedua separuh akhir mereka menentang Real Madrid.

Skuad Pep Guardiola melangkah ke perlawanan Khamis di Sepanyol dengan mendahului 4-3 selepas pusingan pertama yang mendebarka­n, berusaha untuk mara ke final untuk kali kedua berturut-turut.

City telah menjadi kuasa dominan dalam bola sepak Inggeris sejak sedekad yang lalu namun tidak pernah dinobatkan sebagai juara Eropah.

Pemain antarabang­sa Belgium,

De Bruyne bercakap trofi itu akan “mengubah perspektif dari luar” tentang pendahulu Liga Perdana, City, yang kalah dalam peringkat akhir tahun lalu kepada Chelsea.

“Sebagai pemain, anda mahu memenangi trofi dan anda mahukan ini,” katanya pada sidang media pra-perlawanan kelmarin.

“Bagi saya, hakikat bahawa kita telah berjuang untuknya selama bertahunta­hun dan telah ke peringkat akhir bermakna kita telah melakukann­ya dengan baik.”

Pemain berusia 30 tahun itu menambah: “Jelas, ia ialah perebutan trofi dan kualitinya sangat tinggi, dan sangat sukar untuk dimenangi dan ada keadaannya amat berbeza.

“Tetapi jika anda melihat kembali cara kami beraksi, atau cara saya beraksi dengan pasukan selama tujuh tahun, kami telah melakukan yang baik. Tetapi kami belum menang dan saya fikir memenangin­ya akan mengubah naratif.”

Guardiola berkata, pihaknya mungkin perlu memperbaik­i prestasi pusingan pertama mereka.

“Pada masa yang sama saya ingin memberitah­u anda sesuatu – kami boleh bermain lebih, jauh lebih buruk berbanding sebelumnya dan kami masih boleh menang,” katanya. “Tiada sesiapa yang tahu, bola sepak tidak dapat diramalkan. Kadang-kadang anda mendapat sesuatu yang tidak layak, kadang-kadang anda tidak mendapat sesuatu yang mungkin layak, atas usaha, atas banyak perkara.

Pemain pertahanan Kyle Walker mungkin kembali di Bernabeu menentang juara Eropah 13 kali selepas terlepas lima perlawanan terakhir dengan kecederaan buku lali.

Walker kembali dalam latihan dan Guardiola mengesahka­n dia akan menyertai lawatan sebelum keputusan dibuat, tetapi rakan barisan pertahanan John Stones tetap diketepika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia