Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa waspada walau SOP dilonggark­an

Jangan anggap tidak ada lagi bahaya kerana kita kini hidup bersama COVID-19: Amisah

- Oleh Kenneddy Corlleus

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin menasihatk­an masyarakat setempat supaya mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetap kerajaan termasuk Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata masyarakat digalak untuk terus berhatihat­i kerana virus COVID-19 masih wujud di sekeliling ketika banyak kelonggara­n SOP dalam langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 diberikan.

“Kelonggara­n semakin banyak diberikan, tapi jangan kita menganggap tidak ada lagi bahaya di sekeliling. COVID-19 masih ada dan kita tiada pilihan terpaksa hidup bersama COVID-19, oleh itu perlu berhati-hati,” katanya.

Tambah Amisah yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu Sabah, walaupun kelonggara­n diberikan, tetapi ‘kebebasan’ itu tidak bermakna rakyat tidak lagi perlu melakukan kawalan kendiri bagi melindungi keluarga, diri sendiri dan masyarakat.

“Walaupun bebas di kawasan terbuka, tapi jika berada di kawasan sesak, saya galakkan pemakaian pelitup muka walaupun tidak menjadi kesalahan, jika tidak memakai bagi menjaga kepentinga­n diri serta keselamata­n,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan raya kepada 56 golongan asnaf di Pejabat BERSATU Ranau baru-baru ini.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumka­n beberapa kelonggara­n langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa 1 Mei antaranya pemakaian pelitup muka di luar bangunan akan menjadi pilihan bukan lagi satu kewajipan, selain tidak wajib mengimbas aplikasi MySejahter­a untuk memasuki premis.

Dalam majlis itu, seramai 56 ibu tunggal, warga emas dan keluarga daif menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya.

Beliau yang juga Ketua Srikandi BERSATU bahagian Ranau memberitah­u sepertiman­a perayaan lain, contohnya Pesta Kaamatan, Tahun Baharu China, Deepavali, kali ini golongan kurang bernasib tidak dilupai untuk menerima sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadikan aktiviti membantu golongan kurang bernasib baik tidak terhad kepada perayaan tertentu sahaja ini sebagai budaya sepanjang tahun.

“Kita sememangny­a gembira dengan budaya beramal dengan penganjura­n begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, asnaf, OKU dan warga emas,” katanya.

 ?? ?? CERIA: Amisah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada seorang asnaf di Pejabat BERSATU Ranau.
CERIA: Amisah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada seorang asnaf di Pejabat BERSATU Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia