Utusan Borneo (Sabah)

60 ibu tunggal di DUN Klias terima ‘Kotak Kasih’

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Seramai 60 penerima terdiri ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias menerima sumbangan barang keperluan harian daripada Shopee yang diadakan di Dewan Terbuka KRT Kampung Limbawang, pada Sabtu.

Sumbangan ‘Kotak Kasih Shopee’ itu merupakan hasil kerjasama Pertubuhan Food Aid Sabah dan Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah Beaufort, yang diagihkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching kepada para penerima.

Siti Aminah ketika ditemui memberitah­u, sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dilaksanak­an sebelum Ramadan lagi yang mana ia diagih kepada mangsa terjejas banjir yang melanda daerah itu, baru-baru ini.

Semasa bulan Ramadan, NGO berkenaan turut melaksanak­an program sama dengan menyampaik­an ‘Kotak Kasih’ khusus kepada golongan asnaf terutama ibu tunggal serta mualaf.

Jelas Siti Aminah, ia merupakan pendekatan untuk memberikan keceriaan kepada golongan asnaf di samping meringanka­n beban mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru beliau yang mewakili seluruh penerima merakamkan terima kasih kepada semua pihak terutama NGO yang prihatin terhadap nasib rakyat di negeri ini khususnya di Beaufort dengan tampil menghulurk­an sumbangan yang cukup bermakna itu.

Beliau turut berharap NGO terlibat dapat meneruskan usaha itu di masa-masa akan datang, serta mengharapk­an agar Pertubuhan Food Aid Sabah dan Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah Beaufort terus menjalin kerjasama bagi membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan.

Turut hadir wakil Pengerusi Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah Beaufort, Jacqueline Lau Chie Chie dan rombongan NGO lain.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Siti Aminah (dua kiri) menyampaik­an‘Kotak Kasih’kepada seorang penerima dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Terbuka KRT Kg Limbawang.
RINGANKAN BEBAN: Siti Aminah (dua kiri) menyampaik­an‘Kotak Kasih’kepada seorang penerima dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Terbuka KRT Kg Limbawang.
 ?? ?? BANTUAN: Siti Aminah (kanan) menyampaik­an ‘Kotak Kasih’ kepada salah seorang penerima dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Terbuka KRT Kg Limbawang.
BANTUAN: Siti Aminah (kanan) menyampaik­an ‘Kotak Kasih’ kepada salah seorang penerima dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Terbuka KRT Kg Limbawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia