Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP diminta pantau dakwaan kekurangan bekalan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Setiap kali tiba musim perayaan, sering berlaku kekurangan bekalan asas dan peningkata­n harga barangan lain.

Inilah situasi dihadapi masyarakat di daerah Beaufort yang mendakwa terdapat ketiadaan bekalan seperti minyak peket dan gula.

Berikutan itu, Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih meminta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan terhadap aduan masyarakat yang rata-rata bimbang sekiranya situasi itu berlanjuta­n.

“Saya minta KPDNHEP membuat pemantauan berhubung perkara ini. Kenal pasti apa puncanya,” katanya ditemui Utusan Borneo selepas menunaikan solat fardhu Isya dan solat tarawih di Masjid Kampung Limbawang, di sini.

Dalam pada itu, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias mengingatk­an masyarakat supaya meletakkan aspek keselamata­n sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Jelas beliau walaupun terdapat beberapa kelonggara­n sejak Fasa Peralihan ke Endemik, namun orang ramai tidak seharusnya leka kerana risiko pandemik COVID-19 masih lagi membimbang­kan.

“Saya harap rakyat amalkan langkah-langkah sesuai. Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan lebih-lebih lagi semasa perayaan ini. Ingat jangan sesekali abaikan langkahlan­gkah disarankan,” katanya.

Pada majlis itu, Isnin turut menyerahka­n sumbangan kepada tabung Masjid Kg Limbawang seterusnya menyampaik­an sumbangan kepada kira-kira 50 golongan asnaf.

Di samping itu juga, kanak-kanak yang hadir bersama menunaikan solat di masjid itu turut menerima duit raya daripada Isnin.

 ?? ?? PRIHATIN: Isnin (empat kanan) menyampaik­an sumbangan selepas menunaikan solat fardhu Isya dan solat tarawih di Masjid Kg Limbawang.
PRIHATIN: Isnin (empat kanan) menyampaik­an sumbangan selepas menunaikan solat fardhu Isya dan solat tarawih di Masjid Kg Limbawang.
 ?? ?? MESRA AIDILFITRI: Lee (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sanya bergambar bersama Abdul Rahman (duduk kiri) serta Dato Haji Abdulah Hussin (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain pada majlis itu.
MESRA AIDILFITRI: Lee (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sanya bergambar bersama Abdul Rahman (duduk kiri) serta Dato Haji Abdulah Hussin (tiga kiri) dan tetamu jemputan lain pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia